Pemain pertahanan Melaka United, Razman Roslan percaya pasukannya mampu untuk menjadi yang terbaik dalam saingan Liga Super musim hadapan sekaligus mencabar pasukan besar seperti juara bertahan, Johor Darul Ta’zim, Selangor, Pahang dan juga Kedah.

Menurut Razman, kombinasi pemain berpengalaman seperti Safiq Rahim, Khairil Fahmi Che Mat, barisan pemain muda serta pemain import mampu untuk membantu Melaka menghadapi cabaran getir musim hadapan.

Razman Roslan
Pemain Melaka United mula menjalani sesi latihan. Sumber Gambar: MUSA

“Apapun yang penting semua perlu memberi komitmen tinggi sepanjang sesi latihan dan perlawanan sebenar bagi menghasilkan keputusan lebih positif berbanding musim ini.

“Setiap pemain memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri dan gabungan terbabit mampu memberi impak terhadap perjuangan pasukan Hang Tuah,” kata Razman Roslan menurut laporan Harian Metro.

Melaka telah menandatangani 13 pemain baharu bagi menghadapi saingan musim 2020. Antara pemain baharu yang ditandatangani ialah Ahmad Syamim Yahya, Khair Jefri Jones, Norazlan Razali, Romel Morales, Curran Ferns, Nurridzuan Abu Hassan, Feris Danial Mat Nasir serta Khairul Anwar Shahrudin.

Dalam saingan Liga Super musim 2019, pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu menamatkan saingan di tangga ke-6 dengan kutipan 33 mata.

Baca artikel lain mengenai pasukan Melaka United di sini:

Melaka United Jadi Destinasi Seterusnya Syamim Yahya

Melaka United Semakin Rancak Tandatangani Pemain Menjelang Musim 2020

Melaka United Sambar Khidmat Penyerang Skuad Kebangsaan Jamaica