Bulan lepas, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Felda United dan UKM FC telah gagal dalam penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat berikutan kedudukan kewangan pelabur baharu untuk menampung kos pengendalian kedua-dua pasukan ini bagi saingan musim depan didapati tidak cukup kukuh.

Malah, rayuan yang dikemukakan oleh Felda United dan UKM FC berhubung status pasukan untuk musim depan telah ditolak oleh FAM setelah mendapati dokumentasi dan kedudukan kewangan mereka tidak cukup menyakinkan.

Perkembangan itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam sekaligus menyaksikan tiada lagi kelibat dua pasukan tersebut dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

“Kita sudah meneliti rayuan yang dikemukakan tetapi rayuan kedua-dua pasukan itu ditolak. Keputusan ini muktamad dan mereka tidak akan beraksi dalam Liga M 2021.

“Sekalipun selepas ini mereka datang dengan apa apa perkembangan terbaharu contohnya kalau ada penajaan baharu atau sebagainya, kita tidak akan terima,” katanya dipetik dalam Berita Harian.

Namun begitu, dua pasukan ini masih dibenarkan beraksi dalam saingan Liga M3 dan Felda United difahamkan akan menggunakan nama baharu iaitu Rakyat United.

“Mereka hanya tidak dibenarkan bermain dalam Liga Super atau Liga Perdana tetapi masih lagi boleh bermain di Liga M3 sekiranya mereka mahu terus beraksi.

“Kalau mereka mahu kembali beraksi di Liga Perdana pada masa akan datang, mereka tetap perlu mengikuti proses yang sama dan mengharungi proses penswastaan juga,” katanya.

FAM membuat keputusan ini bagi mengelak permasalahan berkaitan gaji pemain dan pegawai yang mungkin berlaku lagi pada musim 2021 jika sesebuah pasukan itu didapati tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk bertahan sepanjang musim.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Frank Bernhardt Sambung Dua Lagi ‘Semester’ Dengan UiTM FC

Kedah Semakin Hampir Lengkapkan Perpindahan Rabih Ataya

Selepas 5 Tahun, Rozaimi Sah Tinggalkan JDT

Herold Goulon Kekal Bersama Pahang Musim Hadapan