Kelibat pemain Thailan dalam saingan J. League bukanlah satu perkara asing sejak Chanathip Songkrasin mula menjejakkan kaki di liga tersebut pada 2017 lalu.

Musim ini, seramai empat pemain dari skuad Gajah Perang itu beraksi di Jepun dan masing-masing pemain menampilkan prestasi yang berbeza sejak saingan disambung semula selepas dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Laman media terkenal Jepun, Soccer digest web telah memberikan rating kepada prestasi pemain Thailand di Jepun bagi minggu perlawanan ke-8.

Rating
Sumber Gambar: Goal.com

Tempat pertama diisi oleh pemain pertahanan Yokohama F Marinos iaitu Theerathon Bunmathan dimana beliau mendapat rating sebanyak 6.5. SGW menyifatkan Theerathon seorang pemain yang mampu untuk membuat keputusan yang baik dalam kadar cepat dan mempunyai kualiti hantaran.

Tempat kedua pula diisi oleh perancang Consadole Sapporo, Chanathip Songkrasin yang menerima rating sebanyak 5.5. Chanathip gagal membantu kelab beliau meneruskan rentak kemenangan apabila Consadole tewas kepada Vissel Kobe dengan keputusan 3-2.

Rating
Sumber Gambar: Consadole Sapporo

Tempat ketiga dihuni oleh Teerasil Dangda yang masuk sebagai pemain gantian ketika Shimizu S-Pulse seri dengan Urawa Reds Diamond. Teerasil dianggap sedikit mengecewakan dimana beliau gagal mencipta gandingan mantap bersama rakan di bahagian serangan.

Seorang lagi pemain, Kawin Thamsatchanan tidak diberikan rating kerana beliau hanya memanaskan bangku simpanan Consadole Sapporo.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand yang beraksi di Jepun di sini:

Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam “Team of the Month” Saingan J. League

Kaki Theerathon Bunmathan Rabak Dan Terpaksa Dijahit Selepas Dipijak Pemain Jepun

Teerasil Dangda Diundi Sebagai Penyerang Terbaik J. League