Kelibat pemain kacukan dan naturalisasi sudah sinonim dengan pasukan kebangsaan sejak tahun 2015 lalu.

Ada diantara mereka yang memberikan sumbangan besar terhadap kemajuan skuad Harimau Malaya, namun ada juga yang sekadar memberikan harapan palsu dan menjadi penumpang dalam pasukan.

Di sini, kami berikan rating pemain kacukan dan pemain naturalisasi yang pernah atau saat ini beraksi bersama pasukan negara.

1. Matthew Davies
[caption id="attachment_36093" align="alignnone" width="1050"]Pemain Naturalisasi Sumber Gambar: Goal.com [/caption]

Mula beraksi bersama Malaysia sejak 2015, Matthew menjadi pemain utama bagi skuad B-22 tahun negara dan kemudiannya bersama pasukan senior sehingga ke hari ini.

Rating: 4/5

2. Brendan Gan
[caption id="attachment_21462" align="alignnone" width="1050"]Pemain Naturalisasi Malaysia's players (R) celebrate after winning during the Qatar 2022 FIFA World Cup qualifying football match between Malaysia and Thailand at the Bukit Jalil Stadium in Bukit Jalil on November 14, 2019. (Photo by Mohd RASFAN / AFP) (Photo by MOHD RASFAN/AFP via Getty Images)[/caption]

Karier Brendan bersama skuad kebangsaan pada awalnya tergangggu ekoran kecederaan lutut yang dialami. Akan tetapi, beliau bangkit menjadi nadi utama pasukan negara khususnya dalam saingan peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Rating: 4.5/5

3. Natxo Insa
[caption id="attachment_36087" align="alignnone" width="960"]Pemain Naturalisasi Sumber Gambar: FAM[/caption]

Kehadiran Natxo ke dalam pasukan negara disambut baik kerana beliau dijangka bakal meningkatkan kualiti pasukan. Akan tetapi, beliau hanya beraksi sekali bersama Malaysia, lebih tepatnya pada perlawanan persahabatan menentang Mongolia pada 2017 lalu.

Rating: 2/5

4. La'Vere Corbin-Ong
[caption id="attachment_36088" align="alignnone" width="1050"]Pemain Naturalisasi Sumber Gambar: FAM[/caption]

Sejak mewakili Malaysia pada 2019 lalu, Corbin-Ong terus menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi pertahanan kiri pasukan kebangsaan.

Rating: 4/5

5. Mohamadou Sumareh
[caption id="attachment_18090" align="alignnone" width="1050"]Pemain Naturalisasi Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dicabar Tristan Do. Sumber Gambar: Changsuek[/caption]

Sumareh menjadi pemain naturalisasi pertama yang beraksi bersama skuad Harimau Malaya dan pengambilan beliau nyata memberi kesan positif terhadap pasukan.

Rating: 4/5

6. Kiko Insa
[caption id="attachment_36089" align="alignnone" width="740"]Pemain Naturalisasi Mahmoud Al Mawas (L) of Syria, kick forthe ball against Malaysia's player, Francisco Insa Bohigues (R) during their International Friendly Match 2017 at Hang Jebat Stadium, Melaka, August 22, 2017. Nazrulhad Hashim / www.asiana.my[/caption]

Kiko mula beraksi bersama Malaysia ketika pasukan dibawah bimbingan Nelo Vingada. Namun, adik kepada Natxo Insa ini gagal untuk memberi sebarang impak positif terhadap pasukan.

Rating: 2/5

7. Junior Eldstål
Pemain Naturalisasi

Junior menjadi pemain kacukan terawal yang beraksi bersama skuad kebangsaan dimana beliau bermula dengan skuad B-22 tahun. Akan tetapi, beberapa siri kecederaan menyebabkan Junior tidak dapat memberikan lebih sumbangan bersama pasukan.

Rating: 3.5/5

8. Khair Jefri Jones
[caption id="attachment_36091" align="alignnone" width="1050"]Pemain Naturalisasi Sumber Gambar: SB[/caption]

Khair Jones terus menjadi pilihan pengendali pasukan ketika itu, Datuk Ong Kim Swee untuk mengisi posisi pertahanan kiri dan juga sayap kiri pasukan negara.

Prestasi yang tidak menentu menyebabkan beliau tidak lagi dipanggil bagi beraksi bersama pasukan negara.

Rating: 3/5

9. Darren Lok
[caption id="attachment_18610" align="alignnone" width="1050"]Pemain Naturalisasi Sumber Gambar: Yahoo[/caption]

Darren hadir ke dalam pasukan negara pada 2016 dan beliau bahkan dibawa bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki pada tahun tersebut.

Namun, penyerang yang pernah beraksi di England ini gagal untuk menampilkan persembahan terbaik sekaligus tidak lagi dipanggil.

Rating: 2/5

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

https://www.vocketfc.com/kobe-chong-beri-bayangan-beraksi-bersama-skuad-harimau-malaya/?utm_source=thevocket&utm_medium=top10_homepage&utm_campaign=top10_posts

https://www.vocketfc.com/malaysia-bakal-punyai-pemain-pertahanan-asean-termahal-jika-johan-dion-cools-sarung-jersi-harimau-malaya/

https://www.vocketfc.com/johan-dion-cools-berminat-untuk-sarung-jersi-skuad-kebangsaan/