Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Thai League 1, Ratchaburi Mitr Phol memperoleh slot automatik dalam peringkat kumpulan saingan AFC Champions League (ACL) musim ini ekoran pembubaran kelab China, Jiangsu FC.

Ratchaburi pada mulanya dijadualkan bertemu kelab Korea Selatan, Pohang Steelers pada peringkat play-off bagi merebut tempat dalam saingan peringkat kumpulan.

Namun, pembubaran Jiangsu dilihat memberi rahmat kepada kedua-dua pasukan dimana Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dijangka bakal membuat pengumuman dalam masa terdekat bagi mengesahkan kemaraan Ratchaburi dan Pohang.

Jiangsu dibubarkan ekoran pemilik kelab, Kumpulan Suning berdepan masalah kewangan yang serius sekaligus gagal untuk memberikan dana kepada pasukan bagi bertanding dalam mana-mana kejohanan tahun ini.

Ratchaburi menamatkan saingan separuh masa pertama saingan Thai League 1 musim ini di tempat keempat sekaligus melayakkan mereka ke kejohanan elit peringkat kelab di rantau Asia itu.

Ratchaburi Mitr Phol

Sumber Gambar: Ratchaburi Mitr Phol

Ratchaburi Mitr Phol dan Pohang Steleers akan dimasukkan dalam kumpulan G bersama juara Liga Super 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab J. League, Nagoya Grampus.

Saingan musim 2021 merupakan penampilan pertama Ratchaburi setelah ditubuhkan pada 2004.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Selangor Diminta Beri Penjelasan Mengenai “Hormat Tiga Jari” Hein Htet Aung

Tomas Trucha Percaya Pemain Mampu Beri Cabaran Sengit Kepada JDT

Dominic Tan Semakin Hampir Untuk Pulih Dari Kecederaan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group