Teka-teki berkenaan pemegang hak penyiaran saingan Thai League kini sudah terjawab apabila FA Thailand secara rasmi memperkenalkan Zense Entertainment dan Eleven Sports sebagai pemenang bidaan hari ini.

Bidaan dengan nilai yang dilaporkan sekitar THB1.5 bilion atau sekitar RM200 juta semusim mengikut kadar tukaran semasa, telah berjaya memikat panel yang bertanggungjawab untuk memastikan saingan Thai League akan terus berdaya saing.

Dari penjelasan yang diperolehi dari rakan setugas kami di Bangkok, nilai THB1.5 bilion semusim itu sebenarnya akan terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu bayaran lesen dan juga bayaran siaran langsung.

Dengan pengumuman itu juga mereka boleh dikatakan menyapu bersih hampir semua kejohanan bola sepak domestik iaitu Thai League 1-3, Piala FA, liga futsal lelaki dan wanita, eSport serta liga fantasi.

S__28917817

Zense melalui Ketua Pegawai Eksekutif,  Varavuth Jentanakul menyifatkan apa yang dicapai ini adalah permulaan untuk mereka melakukan satu revolusi kepada bola sepak Thailand dimana Zense selaku sebuah produksi kreatif mereka memiliki kapasiti untuk menghasilkan konten yang menarik untuk semua peminat bola sepak.

“Apabila 2 peneraju konten bergabung tenaga, saya percaya dalam masa 8 tahun ini kita akan menyaksikan satu fenomena yang akan memacu bola sepak Thailand dimata diperingkat tempatan dan antarabangsa.”

“Kontrak 8 tahun ini akan membantu kami membina kestabilan untuk pembangunan bola sepak Thailand dalam jangka masa panjang.”

“Ia satu langkah baru dalam industri bola sepak Thailand dimana peminat boleh menonton konten bola sepak yang lebih variasi serta berbeza dari sebelum ini termasuk menonton setiap perlawanan menggunakan pelbagai platform secara online atau offline, melalui TV Digital, aplikasi telefon, serta OTT dari dalam atau luar negara.”

Pastinya bukan sahaja penyokong tempatan di Thailand sahaja yang teruja menantikan program-program berkaitan bola sepak yang akan diterbitkan oleh Zense yang memang terkenal dengan konten TV diminati ramai.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Pertembungan Faiq Bolkiah Dan Safawi Rasid Akan Berlaku Ketika Maritimo Berdepan Portimonense SC?

Media Thailand Ini Dedahkan Diogo Luis Santo Capai Persetujuan Sertai Kelab BG Pathum United

Portal Sukan Thailand Ini Dedahkan 39% Penonton ‘Live Streaming’ BG Pathum United Bertemu Buriram United Adalah Dari Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group