Juara J1 League 2019, Yokohama F Marinos secara rasmi hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan perpindahan pemain pertahanan kiri SCG Muangthong United, Theerathon Bunmathan dengan kontrak kekal.

Sebelum ini, tersebar khabar bahawa Yokohama F Marinos telah menghantar tawaran rasmi untuk mengikat bekas pemain Buriram United itu dengan nilai perpindahan berjumlah THB35 juta atau RM4.8 juta serta kontrak 3 tahun sehingga musim 2023.

Selain itu, Theerathon Bunmathan yang telah turun beraksi dalam 30 perlawanan untuk Yokohama F Marinos musim 2019 dalam semua kejohanan itu juga turut ditawarkan dengan gaji yang lumayan sekitar RM165,000 sebulan.

00033030-G

Musim 2019, Theerathon Bunmathan telah turun dalam 25 perlawanan liga dari 34 perlawanan keseluruhannya, dimana kesemuanya sebagai kesebelasan utama Yokohama F Marinos.

Sebagai pemain pertahanan kiri, beliau telah berjaya menjaringkan 3 gol dalam saingan liga selepas beraksi 2,219 minit.

SCG Muangthong United melepaskan pemain itu secara kekal apabila sudah 2 tahun melihat perkembangan Theerathon Bunmathan yang sebelum ini menjadi pemain pinjaman bersama Vissel Kobe pada 2018 dan Yokohama F Marinos musim 2019.

Selain itu, atas faktor kewangan kelab yang semakin kritikal, pemergian Theerathon juga sedikit sebanyak akan membantu SCG Muangthong United memulihkan prestasi kewangan semasa mereka.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Theerathon Bunmathan Cipta Rekod Pemain ASEAN Pertama Julang Kejuaraan J1 League 2019

Jersi ‘Match Worn’ Theerathon Bunmathan Julang Kejuaraan J1 League Dibida Pada Harga Hampir RM70,000

Muangthong United Dilaporkan Terima Tawaran RM4.8 Juta Dari Yokohama F Marinos, Ikat Theerathon Bunmathan 3 Tahun