Arsenal mengesahkan bahawa Willian sah menjadi milik mereka.

Ini selepas saga perpindahan ini menghiasi jendela perpindahan pada kali ini.

Arsenal mengumumkan kedatangan Willian ke Emirates dari pasukan seteru sebandar mereka – Chelsea.

Ini kerana Willian dan isterinya sudah mendapat kerakyatan British dan mahu membesarkan anak mereka di London.

Willian telah menjadi pemain sasaran Arteta sejak awal lagi. Ini kerana pemain tersebut boleh ditadatangani secara percuma.

Chelsea cuba meyakinkan Willian untuk terus kekal, namun gagal untuk memikat pemain itu dengan kontrak hanya 2 tahun ditawarkan.

Sebaliknya Arsenal dilaporkan menawarkan kontrak 3+1 tahun kepada Willian. Ianya lebih menarik untuk pemain yang mahukan kontrak lebih lama.

Willian sebelum ini menyatakan beliau hanya mahu bermain di London. Dan tak kisah untuk menyertai pasukan seteru Chelsea di bandar London.

Willian akan memakai jersi no.12 di Arsenal.

Pemain kebangsaan Brazil itu sudah bermain lebih 600 penampilan di peringkat kelab. Beliau pernah beraksi untuk Corinthians, dan kemudian Shakhtar Donetsk serta Anzhi Makhachkala sebelum menyertai Chelsea dan memenangi UCL bersama kelab tersebut.

Willian memenang 2 EPL, 1 Piala FA dan 1 Liha Europa sepanjang di Chelsea – dalam 339 penampilannya. Dengan 63 gol dan 63 assist direkodkan.

Willian dijangka akan membuat debut kompetitif untuk Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti menentang Liverpool.

Apa kata penyokong Arsenal?

Baca juga perkembangan lain

Setien: Lewandowski Belum Setaraf Messi

Sejarah Tercipta, Leipzig Ke Separuh Akhir Pertama Kalinya, Singkir Atletico

5 Perkara Tentang Nagelsmann, Pengurus Yang Mara Ke Semifinal UCL Pada Usia 33 Tahun