Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)  hari ini mengesahkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah dipilih sebagai tuan rumah kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 yang melibatkan pasukan Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Penganjuran perlawanan secara karnival menjadi pilihan utama kerana ia dilihat sebagai langkah yang sesuai bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19 dan masalah sekatan perjalanan.

Hanya tinggal 3 lagi baki perlawanan dan akan berlangsung pada bulan Jun ini untuk menentukan wakil pasukan ke pusingan ketiga dan slot Piala Asia 2023.

Pemilihan UAE memenuhi semua syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh AFC termasuk stadium, tempat penginapan, kemudahan video bantuan pengadil (VAR) dan protokol kesihatan berkualiti tinggi yang menjamin keselamatan semua orang.

Stadium Zabeel dan Stadium Al Maktoum menjadi pilihan sebagai venue rasmi semua perlawanan itu.

Skuad Harimau Malaya akan turun berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun 2021 sebelum berdepan skuad kendalian Park Hang-seo iaitu Vietnam lapan hari kemudian.

Aksi penutup perlawanan kelayakan pula menyaksikan skuad Harimau Malaya akan menghadapi tentangan dari Thailand pada 15 Jun depan.

157400963_418885455851363_120860941248893536_o
Grafik: FAM

Selain itu, suhu cuaca panas melampau sehingga 43 darjah celsius bakal menjadi cabaran getir buat skuad Harimau Malaya apabila bertandang ke UAE.

Berdasarkan semakan kaji cuaca pada Jun tahun lalu, 14 Jun 2020 pernah merekodkan suhu sepanas itu dengan 43 darjah celsius adalah catatan paling tinggi dengan hari-hari berikutnya dalam bulan Jun konsisten merekodkan 40 darjah celsius.

Harimau Malaya ketika ini berada pada posisi terbaik untuk melepasi Kumpulan G untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China apabila kini menduduki tangga kedua dengan sembilan mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Lebih 30 Pemain Akan Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Pemain Harimau Malaya Bakal Diberikan Suntikan Vaksin COVID-19 Sebelum Ke Luar Negara

Hasrat Kobe Chong Beraksi Bersama Harimau Malaya Tertangguh

Ciri-Ciri Menarik Jersi Terbaru Skuad Harimau Malaya

Kontrak Tan Cheng Hoe Dilanjutkan 2 Tahun Lagi, Terus ‘Pegang’ Harimau Malaya Sehingga Hujung 2022