Telekom Malaysia menerusi subsidiarinya TM Multimedia (TMM) dan Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan kerjasama secara rasmi yang menetapkan TM sebagai penaja utama Liga Malaysia (Malaysia League), persaingan bola sepak rasmi Malaysia, serta menetapkan TM sebagai penaja bersama bagi Liga Super, Piala FA, Liga Premier dan Challenge Cup.

Kerjasama ini meliputi hak penyiaran eksklusif dan hak streaming mobile serta dalam talian bagi Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA and Piala Malaysia pada semua platform unifi TV.

Menerusi persahabatan ini, TM akan menjadi Penaja Utama rasmi bagi kejohanan Piala Malaysia. Kejohanan bola sepak yang paling lama dianjurkan di Asia Tenggara ini serta pialanya yang sungguh didambakan akan dijenamakan semula sebagai ‘TM Piala Malaysia’.

Perjanjian selama tiga (3) tahun ini menjadi bukti kepada usaha berterusan TM dalam membangunkan sukan bola sepak tempatan yang akan meningkatkan prestij sukan di Malaysia.

Kerjasama diantara TM dan MFL ini telah dirasmikan dengan sebuah majlis penandatangan di mana Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Ab Ghani Hassan mewakili pihak MFL, dan pihak TMM diwakili oleh Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif TM Multimedia. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden MFL.

Mengulas tentang kerjasama ini, Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif TM Multimedia berkata, “Kami teruja untuk menghidupkan semula kerjasama kami dengan MFL dalam usaha untuk mempabaharui kerjasama dengan MFL, yang dengan ini, menetapkan TM sebagai penaja acara bola sepak yang paling berterusan di seluruh Asia Tenggara.

Ini juga merupakan sesuatu kebanggaan kerana dapat membangunkan dan membawa perubahan dalam arena bola sepak tempatan. Kami mahu membawakan saat-saat menarik perlawanan bola sepak kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya perlawanan yang melibatkan Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, Liga Super dan Liga Premier yang bersejarah dan paling digemari di negara ini.

“Para peminat bola sepak kini boleh menikmati perlawanan Liga Malaysia dan menonton pasukan kegemaran mereka beraksi. SETIAP perlawanan akan distrimkan secara LANGSUNG menerusi rakan siaran, unifi TV dan boleh diakses menerusi unifi PlayTV.”

“Ini membolehkan para peminat menonton perlawanan menerusi tablet dan peranti digital mereka pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, sesuatu inisiatif yang seirias dengan visi TM yang ingin memudahkan kehidupan rakyat Malaysia serta melonjakan Malaysia ke arah Negara Digital.”

Perkongsian ini akan menyatukan para peminat bola sepak di mana sahaja menerusi akses mudah bagi menikmati kandungan bola sepak melalui pelan internet unifi Home, unifi Mobile dan wifi@unifi.

Setiap perlawanan kini boleh ditonton melalui perkhidmatan penstriman unifi TV dan unifi PlayTV yang boleh didapati di Apple AppStore dan Google Play Store.

Pada masa yang sama, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata, “Kami (MFL), sangat berbesar hati dengan kerjasama ini serta keyakinan TM terhadap dunia sukan dan bola sepak Malaysia. Ini membolehkan Liga Malaysia memainkan peranan sebagai pemacu kemajuan komersial dan menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat. ”

“Komitmen jangka panjang TM mencerminkan nilai dan potensi yang dimiliki oleh Liga Malaysia. TM sentiasa menjadi penyokong setia bola sepak Malaysia, dan MFL amat berterima kasih kepada TM kerana menjadi jenama yang menyatukan seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama menyokong pasukan kegemaran mereka”.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Eksklusif: Jurulatih Dari Malaysia Ini Cerita Pengalamannya Mengendalikan Kelab Liga Indonesia

Ejen Pemain Bola Sepak Dari Jepun Ini Sedang Mencari ‘Center Back’ Muda Malaysia

Liridon Krasniqi Sah Menjadi Warganegara Malaysia