Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal berjaya mendapatkan seorang lagi pemain baharu pada jendela perpindahan musim panas kali ini apabila menandatangani pemain pertahanan Jepun, Takehiro Tomiyasu.

Perkara ini dikongsikan oleh Fabrizio Romano di laman media sosial Twitter miliknya dimana Takehiro telah melengkapkan ujian perubatan dan kelab semasa beliau, Bologna telah mencapai persetujuan dengan Arsenal.

Sebelum ini, Takehiro dikhabarkan bakal berhijrah ke seteru utama Arsenal iaitu Tottenham Hotspur namun tiada perjanjian yang dimuktamadkan oleh kedua-dua pasukan.

Selain Tottenham, beberapa kelab Eropah lain seperti Atalanta dan Everton turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu namun Takehiro lebih berminat untuk menyertai skuad kendalian Mikel Arteta.

Tomiyasu mampu untuk beraksi di posisi pertahanan kanan dan juga tengah sekaligus memberikan pilihan yang lebih luas bagi Arteta untuk menggunakan beliau dalam kesebelasan utama.

Arsenal ketika ini sedang bergelut dengan prestasi dimana mereka tewas tiga perlawanan liga sekaligus menduduki tangga tercorot dalam saingan EPL.

Sebelumnya, Arsenal menandatangani beberapa pemain bagi memperkuatkan pasukan antaranya Aaron Ramsdale, Ben White dan Martin Ødegaard.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:

Luah Kerinduan Nak Bermain Bola Menerusi IG, Maitland Niles Dilarang Berlatih

RASMI: Manchester United Umum Kehadiran Cristiano Ronaldo

Paul Pogba: Ini Skuad Terkuat Sepanjang Saya Di Manchester United