Hari yang sibuk untuk Atletico, di mana mereka berjaya mendapatkan Luis Suarez dari Barcelona secara percuma.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan Bartomeu mahu meminta yuran perpindahan daripada Atletico untuk Suarez selepas pemain itu ditamatkan kontrak.

Ini kerana Atletico berada dalam senarai pasukan yang dimasukkan dalam kluasa rival.

Namun Suarez kemudian berunding dengan Bartomeu. Dan beliau dikatakan dilepaskan dengan nilai £5.5 juta.

https://twitter.com/fcbfn10/status/1309014055496167424

Blaugrana telah mengucapkan selamat tinggal dan sudah sedia untuk mengadakan majlis perpisahan untuk pemain itu yang dianggap legenda pasukan.

Suarez menamatkan kariernya di Barcelona setelah enam musim. Beliau terpaksa akur selepas Koeman memintanya mencari kelab lain.

Suarez pernah membentuk gandingan trio serangan paling digeruni di Eropah iaitu MSN – Messi Suarez Neymar.

Dan beliau kemudian pernah memenangi kasut emas Eropah pada era duopoli Messi dan Ronaldo. Lebih menarik Suarez melakukannya tanpa sepakan penalti.

Suarez berada dalam senarai top 3 untuk penjaring terbanyak sepanjang zaman di Barcelona.

Di mana sepanjang kariernya, Suarez bermain 283 perlawanan dan sudah mencetak 198 gol. Satu rekod yang sangat unggul.

Morata ke Juve

Dalam pada itu, sebelum kedatangan Suarez, Atletico Madrid sudah melepaskan Alvaro Morata ke Juventus.

Juventus yang sebelum ini dikaitkan dengan Suarez telah memilih untuk membawa pulang bekas penyerang mereka ke Turin.

Namun perpindahan Morata ini adalah atas kontrak pinjaman dengan obligasi untuk perjanjian tetap.

Baca juga perkembangan lain

Turun Sebagai No.10, Havertz Skor Hatrik Dalam Kemenangan 6-0 Chelsea

6 Pengarah Sukan Terbaik Di Eropah Ketika Ini

Aduhai Roma, Dikenakan Penalti Kalah 3-0 Selepas Turunkan Pemain Tak Berdaftar