Aston Villa dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Steven Gerrard sebagai pengurus mereka yang baharu.

Gerrard membimbing Glasgow Rangers merangkul kejuaraan Liga Perdana Scotland musim lalu, menamatkan kempen tanpa kalah dalam liga.

Pengurus berusia 41 tahun itu telah menjadi perhatian ramai musim lalu dengan gaya permainan bola sepak menyerang.

Sebagai pemain Gerrard, yang menikmati karier bermain yang cemerlang bersama Liverpool dan England. Selepas bersara, beliau menyertai Rangers sebagai pengurus pada 2018 selepas berkhidmat sebagai Jurulatih Akademi di Liverpool.

Ketua Pegawai Eksekutif Villa, Christian Purslow berkata: “Lembaga Pengarah Aston Villa berbesar hati melantik Steven sebagai Ketua Jurulatih baharu kami.”

“Sejak terjun ke bidang kejurulatihan selepas kerjayanya yang cemerlang, Steven bermula dengan mengurus dan membangunkan pemain muda terbaik di Akademi Liverpool FC yang merupakan pengalaman yang amat kami hargai di Aston Villa.”

“Dia kemudian mengambil keputusan berani untuk menguji dirinya dalam persekitaran yang sengit dan tekanan tinggi di Old Firm Derby di Scotland. Pencapaiannya selepas memenangi kejuaraan Liga Perdana bersama Glasgow Rangers benar-benar menarik perhatian kami seperti juga pengalamannya di Eropah.”

“Amat jelas dalam perbincangan kami dengannya bahawa cita-cita kejurulatihan Steven, falsafah dan nilai sepenuhnya sepadan dengan Aston Villa.”

“Kami teruja dia telah bersetuju untuk memimpin kami dalam fasa seterusnya rancangan bercita-cita tinggi kami sambil kami berusaha untuk membina kemajuan yang dicapai sejak Nassef Sawiris dan Wes Edens mengambil alih kelab pada 2018.”

Steven Gerrard berkata: “Aston Villa ialah sebuah kelab yang mempunyai sejarah dan tradisi yang kaya dalam bola sepak Inggeris dan saya amat berbangga menjadi Ketua Jurulatih baharunya.”

“Dalam perbualan saya dengan Nassef, Wes dan ahli Lembaga Pengarah yang lain, nampak betapa bercita-cita tinggi rancangan mereka untuk kelab dan saya tidak sabar untuk membantu mereka mencapai matlamat mereka.”

“Saya ingin merakamkan rasa terima kasih yang tulus kepada semua orang yang berkaitan dengan Glasgow Rangers kerana memberi saya peluang untuk menguruskan kelab bola sepak yang begitu ikonik.”

“Membantu mereka meraih gelaran liga ke-55 yang memecahkan rekod akan sentiasa akan terpahat di tempat yang istimewa di hati saya. Saya ingin mengucapkan yang terbaik kepada pemain, kakitangan dan penyokong untuk masa depan.”