Pasukan Sri Pahang hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan seorang pemain mereka, Lee Tuck yang disahkan menyertai pasukan Terengganu pada jendela kedua perpindahan pemain musim ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sosial rasmi pasukan Sri Pahang pagi ini, Lee Tuck akan beraksi secara pinjaman sehingga akhir musim 2021 dan akan kembali menyarung jersi pasukan Sri Pahang musim 2022 nanti.

Dengan pengumuman itu juga, bermakna pasukan Terengganu akan membawa seorang lagi pemain import baharu bagi memperkasakan skuad untuk mengharungi baki saingan liga dan kejohanan AFC Cup 2021.

Pengurus pasukan Terengganu dalam video yang diterbitkan oleh Astro Arena, mendedahkan bahawa mereka akan membawa masuk seorang pemain yang pernah beraksi dengan Terengganu (Lee Tuck) dan seorang lagi pemain yang akan tiba.

Sama-sama kita nantikan siapakah pemain seterusnya yang akan dibawa masuk oleh pasukan Terengganu tidak lama lagi, dan bekas pemain mereka Sanjar Shaakhmedov dikatakan sedang berunding untuk bersama sebuah pasukan di utara Malaysia.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Ajax Amsterdam Cairkan Trofi Eredivisie, Hadiahkan ‘A Piece of Ajax’ Kepada 42,000 Pemegang ‘Season Pass’

Penyokong Vietnam ‘Pening’ Bagaimana Pemilihan Penjaga Gol Dilakukan Untuk Misi Penting Di UAE

Tan Cheng Hoe Jelaskan Objektif Yang Mahu Dicapai Ketika Berdepan Kuwait Dan Bahrain