Serie A telah mengesahkan bahawa tarikh 20 Jun sebagai tarikh mereka akan kembali semula menyambung aksi liga.

Serie A akan menjadi liga ketiga selepas Bundesliga, dan EPL – dari kalangan 5 liga utama Eropah – yang akan menyambung semula aksi.

Semalam Premier League mengumumkan bahawa tarikh menyambung semula liga adalah 17 Jun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Sukan Itali.

Serie A berharap kesemua baki perlawanan akan dapat diselesaikan dalam masa tiga minggu.

Selain daripada itu, untuk pertandingan Piala Coppa Italia, ia akan bermula lebih awal. Di mana tarikh aksi separuh akhir dijadualkan pada 13 Jun.

Sebelum liga ditanggungkan, Juventus mendahului Lazio dengan hanya dibezakan satu mata sahaja.

Para pemain di Serie A sudah pun memulakan latihan mereka beberapa minggu lalu.

Itali merupakan negara yang paling terjejas kerana koronavirus.

FIGC menegaskan, segala persiapan sedang dilakukan untuk mengajurkan pertandingan bola sepak di dalam stadium kosong.

Ujian dan saringan berkala terus dilakukan melibatkan kesemua pemain dan pegawai pasukan yang bertanding.

Presiden FIGC, Gabriele Gravina menyatakan sambungan semula bola sepak adalah satu mesej kepada seluruh negara bahawa mereka sentiasa ada harapan walaupun berdepan apa jua keadaan.

Selain itu Gravina berharap Serie B dan Serie C juga dapat disambung semula.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

RASMI: EPL Sambung Semula 17 Jun Ini

Serie A Bakal Sambung Aksi

Messi Bukan Penyelesaian Masalah Serie A Yang Tak Pandai Buat Duit