Pengurusan pasukan Sabah FC semalam secara rasmi mengumumkan Scott Ollerenshaw sebagai Pengarah Teknikal baharu mereka melalui laman sosial rasmi kelab.

Scott Ollenrenshaw yang juga lagenda bagi pasukan negeri Sabah itu disambut dengan amat baik sekali oleh penyokong-penyokong pasukan yang sudah tidak sabar untuk memberikan sokongan padu kepada beliau untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad itu.

Pelantikan legenda bola sepak Sabah yang berasal dari Australia ini adalah dengan tujuan menjadi medium pengantara buat para pemain ‘import’ dengan pasukan Sabah FC sendiri. Dalam masa sama, Scott juga turut bertindak sebagai pencari pemain yang berkualiti untuk diserapkan ke dalam pasukan yang gah dengan gelaran Sang Badak ini.

Tinjauan dilaman sosial seperti Facebook dan Twitter jelas menunjukkan bahawa hampir semua maklum balas serta komen adalah positif dan semua sudah mula teruja untuk menantikan apakah perancangan seterusnya untuk pasukan Sabah FC.

“Ini yang kita mahukan! Semoga bola sepak Sabah antara yang terkuat di Malaysia nanti. Good luck!.”

“Tahniah diatas perlantikan Pengarah Teknikal Sabah FC. Semoga memberi impak cemerlang buat pasukan Sabah FC.”

Good appointment. Has good awareness of local talents especially with mix heritage background.

Komen-komen diatas antara yang sempat dipetik dari laman sosial rasmi Sabah FC, pastinya status Scott Ollerenshaw yang berjaya memacu kegemilangan skuad itu satu ketika dahulu mahu disaksikan kembali oleh generasi kini.

Ini juga merupakan inisiatif yang dibuat untuk menzahirkan kesungguhan pasukan dalam meningkatkan mutu dan kualiti bola sepak di Sabah.

Tahniah Scott Ollerenshaw!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013

Pemegang Hak Penyiaran Thailand ‘Done Deal’ Bersama Tencent Untuk Kerjasama Media Dan Teknologi