Robinho kembali semula ke kelab remajanya iaitu Santos dengan kontrak jangka pendek.

Ini merupakan kali keempat Robinho kembali semula ke Santos.

Bekas pemain Real Madrid dan Manchester City itu akan menguatkan barisan serangan Santos untuk baki saingan liga musim ini.

Santos ketika ini berada di tangga ketujuh dalam saingan liga selepas 14 perlawanan.

Robinho telah tanpa kelab sejak meninggalkan pasukan Turki – Istanbul Basaksehir – pada Ogos. Bercakap keapada wartawan, Robinho menyatakan beliau sangat gembira untuk kembali semula ke tempat yang beliau sangat kenal dan selesa.

Robinho berkata: “Ini sentisa menjadi rumah saya.”

“Objektif saya adalah untuk membantu pasukan ini di dalam dan di luar padang. Mahu membantu Santos menamatkan saingan di kedudukan setinggi yang boleh.”

Robinho pertama kali meninggalkan Santos untuk pergi ke Real Madrid. Namun selepas itu beliau menyertai pasukan yang baru diambil alih ketika itu iaitu Manchester City pada 2008.

Beliau kembali ke Santos dua kali selepas itu secara pinjaman pada 2010 dan 2014. Robinho bermain 4 musim bersama AC Milan dan kemudian ke China dan Turki.

Kelab Brazil terakhir beliau adalah Atletico Mineiro pada musim 2016 dan 2017.

Robinho memenangi 2 kejuaraan liga bersama Santos, bermain 100 penampilan untuk kelab itu di antara 2003 sehingga 2017 dan menjaringkan 23 gol.

Selamat maju jaya buat Robinho.

Baca juga perkembangan lain

Bruno Fernandes Mengamuk Di Bilik Persalinan Dan Kritik Taktikal Solskjaer

Casillas: Mourinho Yang Pertama Menelefon Ketika Saya Hampir Mati

Lampard Tak Puas Hati Dan Masih Mahukan Pemain Selepas Berbelanja Lebih £200 Juta