Sandro Tonali secara rasmi telah menjadi pemain AC Milan. Pemain tengah berusia 20 itu sebelum ini rancak dikaitkan dengan Inter Milan.

Sampai satu tahap, Andrea Pirlo dilaporkan menarik diri daripada persaingan kerana menurut Pirlo, Inter Milan sudah terlalu hampir dengan Tonalo.

Namun siapa sangka AC Milan berjaya mengalihkan Tonali dari Inter ke pejabat AC Milan.

Tonali ditandatangani dengan kontrak pinjaman yang dibayar €10 sebagai bayaran asas, seterusnya ada opsyen pembelian tetap dengan €25 juta pada tahun berikutnya.

Sebenarnya, Tonali sendiri mendedahkan, jiwa Milanista sejak kecil telah membawa beliau ke kelab yang dianggapnya Milan sebenar.

Menyertai AC Milan adalah satu impian yang menjadi kenyataan bagi beliau.

Sandro Tonali berkata: “Ini perasaan yang kuat dan indah. Saya sangat gembira. Bermain dengan jersi Milan adalah impian saya.”

“Saya belum memakainya, tetapi ia akan berlaku esok. Saya akan tidur malam ini dan esok saya akan menjalani sesi latihan yang baik, “kata Tonali kepada Sky Sports.

Jika peminat AC Milan sebaya dengannya ramai yang mengidolakan Maldini ataupun Kaka, namun Tonali pula mengidaolakan Gennaro Gattuso.

Oleh itu, ketika Tonali berpeluang memakai jersi Rossoneri, dia juga memilih untuk menggunakan jersi nombor 8, sama dengan Gattuso.

Tonali memilih malah menelefon Gattuso terlebih dahulu untuk meminta izin. Tetapi menurut Gattuso, Tonali tidak harus melakukan itu kerana dia sendiri tidak berhak mewarisi jersi nombor 8.

“Anda tidak perlu meminta izin saya. Tetapi, saya juga pernah meminta izin dari Donadoni pada masa itu. ”

“Saya menasihati kamu untuk menjadi bijak dan mendengarkan nasihat mereka yang berada di sana. Milan adalah sesuatu yang serius, “kata Gattuso kepada Tonali.

Sandro Tonali dianggap prospek yang berimpak tinggi dalam beberapa musim ini. Dan beliau pastinya akan menjadi tambahan penting kepada AC Milan.

Baca juga perkembangan lain

Willian: Kalau Saya Tahu Thiago Silva Ke Chelsea, Saya Akan Terus Kekal Di Sana

UNL: England Sekadar Seri, Catat Cuma 1 ‘On Target’

Analisis: Pembelian Van De Beek Untuk Mengeluarkan Potensi Sebenar Pogba