Manchester United secara rasminya mengumumkan Jadon Sancho sebagai pemain baharu mereka. Sebelum ini proses perpindahan tidak diselesaikan sepenuhnya kerana pemain itu berada dalam kem Euro 2020 bersama dengan England.

Man United membeli Sancho dari Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan Β£72 juta selepas satu saga perpindahan yang sangat panjang.

Sancho merupakan bekas graduan akademi Man City, memilih untuk menyertai musuh sebandar pasukan tersebut.

Sancho setuju dengan kontrak 5 tahun sehingga 2026, dengan opsyen lanjutan setahun selepas kontrak itu berakhir.

Sancho menganggap menyertai Man United sebagai impian menjadi kenyataan. Dan beliau sudah tak sabar untuk beraksi di EPL bersama dengan skuad muda Man United.

Dalam video pengenalannya, Sancho melaungkan: “Ini adalah kelab saya, ini adalah tempat saya selayaknya berada.”

Jadon Sancho kini menjadi pemain Inggeris kedua termahal dalam sejarah. Beliau juga dilaporkan menjadi penerima gaji kedua tertinggi di United.

Sancho menjaringkan 50 gol dan 64 assist sepanjang 4 musim bersama dengan Borussia Dortmund.

Sancho berkata: “Saya sentiasa berterima kasih kepada Dortmund kerana memberikan saya peluang untuk bermain dalam pasukan utama, walaupun saya tahu suatu hari nanti, saya akan kembali semula ke England.”

“Peluang menyertai Man United adalah impian menjadi kenyataan. Saya sudah tak sabar untuk beraksi dalam EPL, bersama dengan skuad muda dan mengujakan ini, dan saya tahu, bersama sama kita boleh membangun kepada sesuatu yang istimewa untuk memberikan kejayaan kepada penyokong – yang selayaknya mereka dapat.”

“Saya juga teruja untuk bekerjasama dengan pengurus dan jabatan kejurulatihannya untuk membangunkan lagi tahap permainan saya.
Baca juga artikel

Fabrizio Romano Sahkan Jadon Sancho Milik Manchester United, Kontrak Sehingga 2026

10 Penerima Gaji Tertinggi Di United Didedahkan, Sancho Kedua Tertinggi

Sancho Setuju Sertai United, Namun Dortmund Tolak Bidaan Rendah Daripada Tanda Harga