Berikutan isu virus COVID-19 yang semakin serius di Thailand, penganjur liga bola sepak Thailand, Thai League, secara rasmi telah mengeluarkan kenyataan bahawa saingan liga akan ditunda selama 45 hari mulai hari ini.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui beberapa platform media sosial rasmi badan itu menjelaskan bahawa semua perlawanan liga dari divisyen 1 hingga divisyen 4 ditunda selama 45 hari mulai 3 Mac sehingga 17 April 2020.

Penundaan itu adalah atas pematuhan kepada polisi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Thailand dalam usaha untuk membendung penyebaran virus COVID-19 dari terus merebak dengan pantas.

Kementerian Kesihatan Thailand telah mengumumkan bahawa semua aktiviti yang melibatkan orang awam berkumpul beramai-ramai, samada acara sukan, konsert dan sewaktu dengannya perlu ditunda serta-merta.

Berikut dengan pengumuman itu, semua perlawanan liga 4 divisyen dan kejohanan piala domestik akan ditunda dan dijangka akan disambung pada 18 April 2020.

Sekiranya ada keperluan untuk dilanjutkan lagi penundaan kejohanan, pengumuman baru akan dibuat sebelum 31 Mac 2020.

Dalam perkembangan berkaitan pasukan kebangsaan pula sedang menanti keputusan akhir hasil perbincangan diantara pihak AFC dan FIFA berkaitan langkah-langkah serta garis panduan yang disyorkan disebabkan isu COVID-19.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kelibat Marlon Alex James Memakai Jersi Malaysia Di Union Island Cetus Perasaan Teruja Peminat Bola Sepak

102,712 Penonton Hadir Ke Stadium Untuk Liga Super Dan Liga Premier, 3 Venue Catat Bawah 1,000 Penonton

Park Hang-seo Pasrah Hilang Khidmat Tonggak Pertahanan Do Duy Manh Berdepan Malaysia Akibat Kecederaan