Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Safawi Rasid akhirnya menamatkan zaman bujang hari ini bersama wanita pilihan hatinya yang juga merupakan pelakon, Syifa Melvin.

Artikel Berkaitan:

Detik kebahagiaan tersebut dikongsikan menerusi siaran langsung di laman You Tube The Melvins ketika Safawi sedang melalui sesi akad nikah di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.

Majlis pernikahan itu dihadiri oleh kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat dengan tema pakaian serba putih serta menutup aurat.

Ketiadaan pemain yang berusia 25 tahun itu dalam kesebelasan utama ketika aksi final TM Piala Malaysia 2022 sabtu lepas akhirnya terjawab dipercayai sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya.

Safawi turut tidak beraksi dalam perlawanan persahabatan antara JDT menentang kelab Bundesliga, Borussia Dortmund yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Berdasarkan kad undangan yang tular di media sosial, pasangan sama cantik sama padan itu akan diraikan di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, Terengganu pada 3 Disember 2022.

Walaupun masih bergelar pengantin baharu ketika itu, Safawi dijangka menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya pada 5 Disember 2022 bersama pemain Selangor yang terlibat dalam aksi Final Piala Malaysia 2022.

Kem latihan tersebut adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang bakal berlangsung pada penghujung bulan depan.

VOCKET FC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Safawi Rasid dan semoga berbahagia hingga akhir hayat.