Xavi dilaporkan tinggal pengumuman rasmi sahaja daripada sah bergelar pengurus Barcelona yang baharu. Di mana Al Sadd dan Barca sudah mencapai kata sepakat dari segi pampasan perpindahan Xavi.

Dilaporkan kontrak Xavi ada klausa pelepasan. Dan klausa itu dibayar oleh Barcelona kepad Al Sadd.

Xavi memang menjadi calon utama yang disebut sebut sebagai pengganti Ronaldo Koeman yang dipecat baru baru ini.

Xavi bermain di Barcelona selama 17 musim. Dan sudah tentunya dia adalah legenda kelab bersama sama dengan Iniesta di tengah padang, menghasilkan gandingan luar biasa.

Banyak kejayaan Xavi bersama Barca ketika beliau menjadi pemain.

CEO Al Sadd, Turki Al Ali berkata: “Xavi memaklumkan kepada kita beberapa hari lalu tentang kemahuannya untuk balik ke Barcelona pada masa ini. Kerana situasi kritikal di kelab tempat kelahirannya lalui ketika ini. Dan dia memutuskan untuk tidak hanya berdiam diri.”

“Pengurusan Al Sadd bersetuju dengan perpindahan Xavi ke Barcelona dengan bayaran klausa pelepasan dibayar berdasarkan jumlah termaktub pada kontrak.”

“Kami juga berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan Barcelona pada masa akan datang.”

“Xavi adalah bahagian penting dalam sejarah Al Sadd, dan kami mengucapkan beliau selamat maju jaya.”

Xavi dikenali dengan falsafah bola sepaknya yang ala tiki taka. Pep Guardiola sebelum ini pernah menyatakan bahawa, Xavi memang seorang tactician, sejak daripada dia bergelar pemain lagi.