Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan dua pemain daripada pasukan JDT 2, S.Kumaahran dan Fazly Mazlan akan beraksi bersama Pahang FA dalam saingan Liga Malaysia musim 2020 secara pinjaman.

Pengumuman itu dibuat oleh Alistair Edwards iaitu Pengarah Teknikal JDT dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi Johor Southern Tiger (JST) hari ini.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada S.Kumaahran dan Fazly Mazlan yang akan beraksi bersama Pahang FA secara pinjaman,” kata Alistair Edwards dalam satu kenyataan.

Fazly pernah dianggap sebagai pemain pertahanan kiri terbaik yang dimiliki oleh Malaysia. Namun, kehadiran La’Vere Corbin-Ong menenggelamkan Fazly baik di JDT ataupun pasukan kebangsaan.

Manakala, S. Kumaahran mempunyai rekod kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan pernah menjadi salah satu penyerang muda terbaik dalam saingan Liga Malaysia.

Kedua-dua pemain ini berpeluang mengembalikan semula prestasi terbaik mereka apabila beraksi bersama skuad Tok Gajah kelak.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Pahang melalui pautan dibawah. 

Pemain Skuad Piala Asia Filipina Perkuatkan Jentera Tengah Pahang?

Liga Malaysia 2020: Dollah Salleh Sedang Bentuk Skuad Pahang Yang Lebih Mantap

Laman Twitter Rasmi Digodam, Media Pahang FA Buat Laporan Kepada Pihak Berkuasa