Rusia diharamkan daripada menyertai Euro 2024. Pengumuman rasmi sudah dibuat. Bermakna, Rusia turut diharamkan daripada menyertai pusingan kelayakan Euro 2024 yang akan datang.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

UEFA dan FIFA sebelum ini mengenakan tindakan penggantungan kepada kelab kelab, dan pasukan kebangsaan Rusia dari arena bola sepak.

Ini termasuk larangan beraksi dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 serta larangan menyertai pertandingan antara kelab Eropah seperti UCL dan UEL.

Ianya sebagai tanda solidariti UEFA kepada Ukraine selepas Rusia menceroboh negara tersebut dengan tentera skala penuh.

Bukan itu sahaja, pemain pemain yang beraksi di kelab Rusia diberikan kebenaran khas untuk menamatkan kontrak mereka secara sepihak sahaja.

Perkembangan ini pastinya menjadi satu lagi tamparan hebat kepada Rusia yang berterusan dikenakan tekanan oleh UEFA dalam bidang bola sepak.

Kelab kelab yang berbelanja besar di Rusia, kini kehilangan pendapatan dengan larangan daripada beraksi di UCL atau UEL.

Penggantungan ke atas Rusia ini berlanjutan selepas UEFA mengumumkan langkah itu selepas meminta daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Julai. Rusia membuat rayuan dengan menyatakan bahawa adalah tidak adil menghukum bola sepak yang merupakan sukan kerana pergolakan politik. Tetapi, rayuan Rusia itu telah ditolak.

Walaubagaimnapun, setakat ini, UEFA tidak melarang Bonsia & Herzegovina daripada meneruskan aksi persahabatan dengan skuad kebangsaan Rusia.

Undian kelayakan Euro 2024 akan dilangsungkan di Jerman pada 9 Julai akan datang.

Tekanan ke atas bola Rusia bukan sahaja di dunia nyata, malah di dunia digtal turut berlaku. Rusia diharamkan dalam permainan video seperti PES dan FIFA, termasuk kelab kelab mereka.