Manchester United akhirnya rasmi mengumumkan perlantikan Ralf Rangnick sebagai pengurus interim yang akan mengendalikan pasukan sehingga akhir musim ini.

Namun dalam kenyataannya, Man United menegaskan bahawa Ralf Rangnick belum boleh memulakan tugasannya kerana masih perlu menyelesaikan isu visa dan permit kerja.

Sementara itu, Michael Carrick akan terus menjadi pengendali sementara untuk United.

Rangnick sebelum ini menolak sebarang tawaran menjadi interim. Namun untuk Man United, beliau menerimanya kerana diberikan tugas bekerja dalam konsultansi kelab di masa akan datang.

Kontrak konsultansi itu adalah 2 tahun. Ini bermakna Rangnick akan terlibat dalam soal keputusan kelab dalam isu berkaitan dengan pembangunan dan pembentukan pasukan.

Pengarah Bola Sepak Manchester United, John Murtough bangga dengan kejayaan Man United mencapai kesepakatan dengan Rangnick.

Murtough berkata: “Beliau merupakan calon utama kami untuk interim. Kerana beliau memiliki nilai kempimpinan tak ternilai serta keupayaan teknikal yang beliau miliki selama lebih 4 dekad dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan.”

“Semua orang di kelab ini sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau untuk baki musim ini, dan kemudian untuk 2 tahun lagi atas kapasiti penasihat kelab.”

Ralf Rangnick berkata: “Saya benar benar teruja menyertai Manchester United dan fokus kepada usaha menjadikan musim ini berjaya untuk kelab ini.”

“Skuad ini sarat dengan bakat dan ada keseimbangan yang sangat baik di antara pemain muda dan berpengalaman. Usaha saya pada enam bulan ini adalah untuk sepenuhnya membantu pemain pemain ini mencapai potensi mereka, secara individu dan juga paling penting, secara berpasukan.”

“Selain itu, saya sudah tak sabar untuk membantu kelab ini pada tempoh yang lebih panjang atas kapasiti konsultansi.”