Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) hari ini mengumumkan pemain import baharu untuk kuota Asia iaitu Rabih Ataya dari Lubnan bagi memperkuatkan jentera serangan hadapi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Menurut kenyataan rasmi, KDA FC menandatangani Rabih Ataya secara pinjaman dari kelab Al-Ahed FC selama setahun. Kelincahan beliau ketika beraksi dengan UiTM FC pada musim lepas memikat banyak pasukan namun Kedah menjadi destinasi pilihan pemain tersebut.

“Pengalaman beraksi di pentas akhir Piala AFC 2019 dan menjuarai edisi musim tersebut amat penting bagi Kedah dan menjadi seorang jeneral buat Kedah di bahagian tengah seterusnya memperkuatkan barisan serangan Kedah,” kata kenyataan daripada KDA FC.

Rabih Ataya dianggap sebagai salah satu pemain import paling padu dalam saingan Liga Malaysia musim 2020 dimana beliau membantu pasukan UiTM menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam, memiliki kutipan mata sama dengan pasukan Selangor iaitu 17 mata.

Pencapaian ini dianggap sebagai satu pencapaian terbaik UiTM FC dimana mereka baru satu musim beraksi di Liga Super setelah dinaikkan pangkat daripada saingan Liga Perdana.

Kedah turut mengekalkan 3 pemain import musim lalu iaitu Kipre Tchetche, Kpah Sherman dan Renan Alves. Seorang lagi pemain dari Singapura dijangka akan mengisi kuota pemain import Asia Tenggara.

Sebelum ini, pemain naturalisasi dari Indonesia iaitu Marc Klok serta Stephano Lilipaly turut dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Thomas Dooley Sah Jurulatih Baharu Sri Pahang FC

Syahrul Azwari Sah Sertai Kelantan United

Bekas Penyerang Persebaya, David Da Silva Sah Menyertai Terengganu FC