Sebentar tadi, pihak syarikat penerbangan terkemuka dunia dari timur tengah, Qatar Airways mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan penajaan mereka kepada Liga Bola Sepak Filipina (PFL) mulai musim 2020.

Sebelum ini, banyak khabar yang bertiup bahawa Qatar Airways akan menjadi penaja PFL, namun pihak syarikat penerbangan yang berpangkalan di Doha itu tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap perkara itu.

Namun, hari ini Qatar Airways melalui laman web rasmi mereka telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka akan menjadi rakan rasmi saingan PFL mulai musim 2020 selama 3 tahun sehingga tamat musim 2022.

shan-united-ceres-negros-shan-united-afc-cup-2019

Dengan kerjasama itu juga menyaksikan logo Qatar Airways akan terpapar di setiap jersi pemain semua kelab dalam saingan PFL dan baju rasmi pegawai pasukan, papan iklan di setiap venue perlawanan, bendera di stadium, paparan LED dan konten digital serta pelbagai lagi aktiviti lain.

“Kami gembira untuk mengumumkan kerjasama ini, dimana kita akan melihat Qatar Airways menerima pendedahan di Filipina disamping memberikan sokongan kepada pembangunan bola sepak negara ini.

“Kami akan terus mempertingkatkan portfolio penajaan sukan global kami dan kerjasama ini merupakan satu lagi contoh yang menunjukkan dedikasi kami kepada sukan serta keyakinan kami terhadap kuasa sukan untuk menyatukan orang ramai.”, jelas Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways, Mr. Akbar Al Baker.

42482627_2240911952616569_5252991972217454592_o

Bagi presiden Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF), Mariano Araneta pula menyatakan bahawa beliau bersyukur atas sokongan yang diberikan oleh Qatar Airways untuk menjadikan PFL lebih besar, kuat dan mampan.

“Kejayaan PFL adalah instrumental untuk memastikan prgram lain dibawah PFF turut mencapai sasaran yang ditetapkan. PFL bukan sahaja menjadi platform mempamerkan bakat terbaik dalam Filipina, malah turut memberikan inspirasi kepada pemain muda untuk menunjukkan bakat dan menjadikan bola sepak sebagai karier mereka.

“Kami merasa rendah diri dengan kepercayaan dari jenama global Qatar Airways. Kerjasama ini akan menguatkan lagi resolusi kami untuk menjadikan PFL sebagai jenama yang lebih besar dan terus bekerja keras untuk muncul sebagai salah sebuah liga yang terbaik dirantau ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Qatar Airways Taja Liga Bola Sepak Filipina 3 Tahun, Bakal Majukan Pembangunan Pemain Muda

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

Police Tero FC Berjaya Layak Ke Saingan Thai League 1, Peluang Baik Dominic Tan Jika Kekal

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group