Sebentar tadi pihak Ligue 1 telah bermesyuarat dan mereka memutuskan untuk menobatkan Paris St Germain sebagai juara.

Perkara itu diumumkan oleh media L’Equipe.

PSG berada  12 mata di puncak Ligue  pada kedudukan terakhir liga sebelum ianya ditangguhkan sebelum ini dan kemudiannya ditamatkan awal.

Namun begitu LFP masih belum menentukan pasukan yang tersingkir daripada Ligue 1. Berdasarkan kedudukan semasa, Nimes, Amiens dan Tolouse berada di tiga tangga tercorot.

Liga Perancis sebelum ini mengumumkan bahawa mereka terpaksa menamatkan saingan lebih awal.

Ini selepas Perdana Menteri Perancis mengeluarkan arahan bahawa semua aktiviti sukan tidak boleh diadakan sehingga bulan September terutama sekali bila sepak.

Malah terdapat juga laporan menyebut bahawa kerajaan melarang perlawanan bola sepak di dalam stadium kosong sekalipun.

Hal ini kerana Perancis antara negara yang teruk dilanda koronavirus

Null and void tiada dalam perancangan Ligue 1. Ini kerana mereka mempertimbangkan kepentingan tajaan setiap pasukan dan juga tajaan liga musim ini.

Pada hari ini juga Presiden Lyon, Jean Michel Aulas telah menghantar cadangan untuk meminta agar penentuan tempat ke Eropah diadakan secara play off.

Buat masa ini Ligue 1 masih belum membuat keputusan tentang slot ke Eropah. Mereka akan berbincang dengan UEFA tentang perkara itu.

Tahniah PSG.

Baca juga berita bola sepak Eropah yang lain:

Lyon Bantah Liga Dihentikan, Hantar Kertas Cadangan 23 Muka Surat

Ligue 1 Batalkan Musim 2019/20 Selepas Larangan Kerajaan

Sebelum Meninggal, Saya Nak Menang Piala Dengan Spurs