Persoalan siapakah pemilik no.7 akhirnya terjawab, di mana Cristiano Ronaldo disahkan oleh Manchester United sebagai pemiliknya.

Ronaldo kembali memakai jersi ikonik beliau itu selepas kepulangan semula ke Old Trafford.

Man United mengumumkan perkara itu menerusi satu hebahan media di laman rasmi mereka. Dan tempahan untuk jersi no.7 Ronaldo itu sudah dibuka kepada peminat.

Sebelum ini jersi itu diberikan kepada Edinson Cavani sebaik sahaja pemain itu melanjutkan kontrak barunya dengan Man United pada akhir musim lalu.

Man United berusaha meyakinkan Cavani untuk terus kekal selepas musim cemerlang membantu United menamatkan saingan di tangga kedua.

Cavani awalnya merancang menyertai Boca Juniors agar lebih dekat dengan keluarganya. Namun akhirnya menerima kontrak lanjutan itu.

Cavani didaftarkan sebagai pemilik no.7 untuk musim ini dan sudah sekali memakai jersi itu dalam aksi EPL.

Namun kehadiran Ronaldo, membuatkan kelab dilaporkan meminta kebenaran khas kepada EPL untuk menukar nombor jersi 7 itu kepada Ronaldo.

0_Ronaldo

Peraturan EPL melarang penukaran nombor jersi sebaik sahaja pemain sudah didaftarkan. Kecuali Cavani meninggalkan kelab tersebut.

Namun pertukaran hanya boleh berlaku dengan kebenaran ataupun izin khas daripada lembaga pengarah EPL. Dengan Daniel James yang sah pergi ke Leeds United, Cavani memakai jersi yang 21 yang menjadi nombornya bersama Uruguay.

Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada Eidnson Cavani di atas tindakan yang terpuji pemain itu.

Ronaldo berkata: “Saya sendiri tidak pasti sama ada sebarang kemungkinan saya akan memakai no.7 sekali lagi.”

“Jadi, saya berterima kasih kepada Edi di atas tindakan terpuji ini.”

Sebelum ini Lionel Messi turut diberikan pengecualian khas oleh Ligue 1 selepas pemain itu meminta memakai jersi no.30 yang dikhaskan wajib untuk penjaga gol sahaja.

Neymar menawarkan Messi jersi no.10 beliau namun Messi memilih untuk tidak mengambilnya dan kemudian memilih nombor yang pernah dipakainya ketika karier awalnya bersama Barca.

Baca juga artikel

Ronaldo Pecah Rekod Ali Daei Dan Kejar Rekod Datuk Soh Chin Aun

Mbappe Tolak Tawaran Kontrak Lanjutan €45 Juta Semusim, Lebih Tinggi Dari Gaji Messi & Neymar

RASMI: Griezmann Kembali Ke Atletico Secara Pinjaman, Klausa Beli Tetap Hanya €40 Juta