Portimonense SC semalam secara rasmi mengumumkan ketibaan pemain muda  terbaharu dari Jepun iaitu Hirosawa Toki yang beraksi dibahagian tengah pasukan yang berpangkalan di Portimao itu.

Mungkin nama Hirosawa Toki tidak ramai dikenali, tetapi beliau merupakan salah seorang pemain tengah skuad Sekolah Tinggi Yamanashi Gakuin yang muncul juara kejohanan bola sepak sekolah-sekolah tinggi Jepun pada bulan Januari lalu.

20210111-00084639-sdigestw-000-5-view

Pada 28 Januari 2021 yang lalu, persetujuan pertama telah dicapai dan pada 6 Febuari 2020, Hirosawa Toki secara rasmi diumum dan diperkenalkan kepada semua sebagai pemain pertahanan Portimonense SC.

Menurut beberapa artikel dari Jepun, Hirosawa Toki yang merupakan produk skuad bawah 15 tahun Shonan Bellmare sebelum menyertai Sekolah Tinggi Yamanashi Gakuin itu akan memperkuatkan skuad bawah 23 Portimonense SC untuk mencari kesesuaian dan pengalaman terlebih dahulu.

ErdAbuXU0AEdn08

Ketika ramai pemain-pemain yang baru sahaja tamat zaman persekolahan dan mula menerima tawaran dari kelab-kelab profesional tempatan Jepun, Hirosawa Toki berada disatu tahap yang lebih tinggi apabila terus berkelana ke Portugal memulakan karier profesional disana.

Perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa untuk mereka, kerana Jepun telah meletakkan satu sasaran atau standard dimana pemain berusia 18 tahun telah bersedia untuk turun beraksi bersama kelab profesional tempatan atau terus berhijrah ke eropah.

Jangan pelik jika mereka sentiasa konsisten eksport pemain ke luar negara setiap tahun kerana mereka mempunyai standard yang berbeza pada peringkat umur lagi terutama bawah 18 tahun.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013

Masashi Motoyama Berlepas Dari Jepun Hari Ini, Pakai Jersi No.10 Kelantan United Musim 2021