Juara Liga Singapura musim 2021, Lion City Sailors hari ini mengumumkan bekas penyerang skuad Piala Dunia Korea Selatan, Kim Shin-wook sebagai pemain baharu bagi menghadapi musim 2022.

Mempunyai ketinggian 1.98 meter dan pemain tersebut ditandatangani secara percuma dari kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua dengan kontrak selama 3 tahun.

Beliau menjadi pilihan Lion City Sailors kerana mempunyai pengalaman luas di peringkat asia kerana mereka akan beraksi dalam saingan AFC Champions league (ACL) musim hadapan.

“Saya tertarik dengan projek Sailors yang bercita-cita tinggi. Saya dibentangkan dengan visi untuk membawa kelab ini ke tahap tertinggi dan sudah tentu saya mahu menjadi sebahagian daripadanya.

“Saya gembira kerana berpeluang membina sesuatu bersama Sailors dan saya tidak sabar untuk beraksi pada tahun yang akan datang,” kata Kim Shin-wook dalam kenyataan rasmi.

Berdasarkan rekod, pemain yang berusia 33 tahun itu mempunyai 56 kaps bersama skuad kebangsaan Korea Selatan dan telah beraksi dalam Piala Dunia sebanyak dua kali. Beliau juga menjadi kapten Korea Selatan dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan jun lepas.

Beliau juga pernah beraksi dengan dua kelab gergasi K-League 1, Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai Motors. Antara pencapaian terbaiknya ialah juara AFC Champions League (ACL) sebanyak dua kali pada tahun 2012 dan 2016 serta pemenang pingat emas Sukan Asia pada tahun 2014.

Lion City Sailors yang sebelum ini dikenali sebagai Home United dan merupakan kelab terkaya di Singapura yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pasukan yang digeruni di Asia selepas diambil alih oleh pengasas Shopee iaitu Forrest Li.

β€œMembawa masuk pemain berkualiti tinggi seperti Shin-wook akan meningkatkan cita-cita domestik dan serantau kami. Kami akan terus menambahbaik pasukan dan keadaan di luar padang, sambil kami mengambil langkah ke arah visi kami, termasuk program akademi kami serta kemudahan latihan yang sedang dibina.

β€œSungguh mengagumkan melihat ramai peminat datang ke stadium musim lalu, dan keghairahan mereka adalah kayu pengukur yang paling ketara bagi kemajuan kami. Kami mahu terus memberikan keterujaan dan kecemerlangan bola sepak di atas padang, supaya peminat kembali menyokong Liga bola sepak Singapura,” kata Forrest Li.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Lion City Sailors melalui pautan dibawah.Β 

Kelab Singapura, Lion City Sailors Labur RM31 Juta Bina Fasiliti Latihan Canggih

Lion City Sailors Juara Liga Singapura 2021, Pecahkan Dominasi Kelab Luar

Lion City Sailors Lantik Pemenang ACL 2020, Kim Do-Hoon Sebagai Ketua Jurulatih Baharu