Seorang pemain muda kacukan Bangladesh-Jepun yang sedang mencipta nama bersama kelab Tokyo Verdy, Rikuto Hashimoto secara rasmi diumumkan dinaikkan ke skuad utama kelab itu dan bukan lagi berstatus pemain akademi.

Perkara itu telah diumumkan secara rasmi kira-kira seminggu yang lalu melalui saluran rasmi kelab selepas Rikuto Hashimoto mencapai usia 16 tahun.

Sebelum ini, pemain itu beraksi dengan pasukan utama Tokyo Verdy dengan status pemain akademi, namun selepas meneliti prestasi pemain itu pihak pengurusan bersetuju untuk menandatangani pemain kacukan itu dengan kontrak profesional.

Untuk musim 2021 ini, Rikuto Hashimoto sudah pun tampil dalam 3 perlawanan saingan J2 League selama 21 minit masa bermain sebagai pendedahan untuk menyesuaikan diri apabila beraksi secara profesional.

Lebih menarik lagi, pemain ini juga sudah pun dipanggil secara rasmi untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan Jepun U17 dibawah bimbingan Yoshiro Moriyama untuk persiapan kejohanan akan datang.

Sekitar bulan Mac lalu, Rikuto Hashimoto berada dalam senarai pemain ke-3 paling muda yang tampil dalam saingan profesional J.League dibelakang Takefusa Kubo dan juga Takayuki Morimoto, pada usia 15 tahun 10 bulan 26 hari.

Pemain yang bapanya berasal dari Bangladesh dan ibunya yang merupakan warga Jepun itu, sudah bersama dengan Tokyo Verdy sejak dari usia 12 tahun apabila menganggotai skuad Junior Youth kelab tersebut.

Apa yang lebih menarik, kelab Tokyo Verdy juga merupakan pemenang anugerah pembangunan bakat muda terbaik tahun 2020 dan itu adalah kali ke-3 mereka diberikan anugerah tersebut dalam tempoh 10 tahun.

Kerteh FC Berjaya Jual 350 ‘Joyah’ Dalam 5 Hari, Jana Pendapatan 4 Angka Dari Produk SME Tempatan

Stadium Sultan Ibrahim Jadi Venue Spartan Stadion, Kukuhkan Lagi Reputasi JDT Diperingkat Dunia

Logo Dan Jenama Harimau Malaya Rupanya Sudah Didaftarkan Dengan MyIPO, FAM Adalah ‘Trademark Holder’