Selepas beberapa bulan cuba untuk mencapai persetujuan, akhirnya kelab Hanoi FC mengesahkan bahawa mereka gagal mencapai kata sepakat untuk mengekalkan pemain berprofil tinggi Vietnam, Nguyen Quang Hai melalui kenyataan rasmi yang diterbitkan semalam.

Nguyen Quang Hai yang akan menamatkan kontrak pada 12 April ini, dijangka tidak akan mempunyai masalah memilih kelab baharu kerana banyak kelab-kelab yang menyatakan hasrat untuk mendapatkan tandatangan pemain itu sama ada dari Vietnam atau mahu pun luar negara.

Menurut kenyataan CEO Hanoi FC, Nguyen Quoc Tuan, Quang Hai merupakan seorang pemain yang penting dan sangat profesional kepada pasukan.

“Dari pihak kelab sendiri, tidak ada yang berubah dan kami mahu mengekalkan Nguyen Quang Hai. Tetapi pada masa yang sama, kami tidak mahu menghalang pemain untuk berkembang. ”

“Hanoi FC sentiasa memberikan sokongan dan membantu Nguyen Quang Hai memenuhi impian beliau untuk beraksi diluar negara.”

Sejak mula menyertai Hanoi FC kira-kira 15 tahun yang lalu, Nguyen QUang Hai telah berusaha dengan gigih untuk menjadi seorang pemain yang sempurna.

Beliau telah beraksi dengan Hanoi FC dalam 126 perlawanan dan menjaringkan 35 gol, 3 kali mengangkat piala kejuaraan V.League (2016, 2018 dan 2019), 2 kejuaraan National Cup (2019, 2020) dan 3 kali juara Vietnam Super Cup (2019, 2020 dan 2021).

Berdasarkan kepada kenyataan rasmi CEO Hanoi FC, berkemungkinan besar Nguyen Quang Hai akan menyertai kelab diluar Vietnam untuk mempamerkan bakat beliau dalam satu pertandingan liga yang lebih kompetitif.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

11 Pemain JDT Tersenarai Dalam 25 Pemain Ke FAS Tri-Nations Series 2022 Di Singapura

Liga Super 18 Pasukan Dan Tiada Liga Premier Mulai 2023, Liga Simpanan Serta Liga B17 Ditubuhkan

Media Thailand Dedahkan ‘Revenue’ Thai League 2020 Menjunam 63%, Catat Kerugian Bersih RM3.76 Juta

Sumber