Kelab dari Australia, Newcastle Jets sebentar tadi baru sahaja mengumumkan ketibaan pemain JDT II iaitu Syahrian Abimanyu sebagai pemain pinjaman mereka melalui laman web rasmi kelab tersebut.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Newcastle Jets, Syahrian Abimanyu akan beraksi bersama kelab itu untuk baki perlawanan musim 2020/2021 ini.

“Abi adalah seorang pemain yang berkemahiran yang mampu membaca hantaran dengan baik.”

“Dia masih muda tetapi mempunyai banyak skill yang diperlukan sebagai seorang pemain serangan.”

“Dia seorang pemain yang tidak mementingkan diri. Mentaliti ‘team first’ yang dimilikinya memberikan saya keyakinan bahawa dia akan memecah masuk dalam skuad kami.”

Dalam artikel itu juga ada menyebut Abi akan menyertai pasukan mulai 16 Febuari 2021 dan kini berada di Sydney menjalani kuarantin.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013

Masashi Motoyama Berlepas Dari Jepun Hari Ini, Pakai Jersi No.10 Kelantan United Musim 2021

Pemegang Hak Penyiaran Thailand ‘Done Deal’ Bersama Tencent Untuk Kerjasama Media Dan Teknologi