Destinasi seterusnya bagi Nafuzi Zain akhirnya terjawap apabila beliau rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Kedah Darul Aman bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi satu video yang menunjukkan Nafuzi seolah-olah mengimbas semula ketika waktu beliau beraksi bersama Kedah.

Nafuzi Zain mula dikaitkan dengan Kedah Darul Aman sebelum saingan musim 2022 berakhir dimana ketika itu terdapat isu antara pihak pengurusan dan Nafuzi mengenai kontrak lanjutan.

Ketua Pegawai Eksekutif kelab tersebut, Ab Rasid Jusoh kemudiannya mengesahkan Nafuzi telah menolak tawaran lanjutan kontrak dan pengendali itu bebas untuk menyertai mana-mana pasukan musim hadapan.

โ€œPihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada beliau (Nafuzi) yang sudah menabur bakti selama tujuh tahun bermula dengan skuad Piala Presiden T-Team pada 2016 sebagai jurulatih sebelum menjadi penolong jurulatih skuad Terengganu dan seterusnya ketua jurulatih bermula akhir 2019 hingga musim ini,โ€ kata Rashid.

Terengganu kemudiannya menggantikan Nafuzi dengan Tomislav Steinbruckner dari Croatia sebagai ketua jurulatih baharu pasukan.

Steinbruckner nyata tidak asing dengan skuad Terengganu kerana beliau sebelum ini pernah berkhidmat selaku Pengarah Teknikal pasukan pada bulan Mac lalu. Malah pada tahun 2015, beliau juga merupakan Ketua Jurulatih T-Team.

Menurut sumber laman Facebook rasmi Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner telah memeterai perjanjian selama satu musim untuk bersama pasukan dimana kontraknya akan tamat pada 31 Disember 2023.

Tugas berat nyata bakal menantinya kerana selain daripada mahu menjadi pencabar hebat buat gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Taโ€™zim (JDT), Terengganu juga akan turut beraksi dalam kancah Piala AFC 2023.

โ€œSemestinya cabaran untuk mengendalikan pasukan Terengganu FC adalah besar kerana pasukan ini mengakhiri saingan Liga Malaysia dengan rekod yang baik dan semestinya pihak pengurusan kelab serta para penyokong ingin melihatkan rekod yang lebih cemerlang dapat dicapai bagi saingan musim 2023.โ€

โ€œNamun beliau mengambil tanggungjawab ini dan bersedia untuk memberikan khidmat terbaik untuk kelab ini. Semoga Tomislav berjaya membawa kejuaraan buat Terengganu FC bagi musim 2023!,โ€ menurut kenyataan yang dikeluarkan Terengganu FC.