Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

José Mourinho akan menjadi pengurus baharu AS Roma pada musim hadapan. Perkara itu diumumkan oleh kelab dari Rome itu pada malam ini. Mourinho kembali semula ke Itali selepas dia pernah sukses bersama Inter Milan dengan treble pada 2010.

Mourinho bersama dengan Inter selama dua musim bermula 2009/2009 dan dianggap pengurus legenda oleh peminat Inter. Di mana beliau membantu Inter menang 2 Serie A dan 1 UCL sebelum berpindah ke Madrid.

Mourinho dipecat oleh Spurs sebelum ini. Dan Fonseca pula diumumkan akan meninggalkan kelab tersebut. Fonseca baru sahaja dimalukan Man United dalam aksi UEL di mana mereka kalah 6-2.

Berita perlantikan itu sekaligus mengakhiri spekulasi bahawa Mourinho ke Itali untuk mengisi kerusi panas di Juventus.

Roma dalam kenyataannya berkata: “Kelab dengan sukacitanya mengumumkan kesepakatan telah dicapai dengan Jose Mourinho – yang akan menjadi jurulatih baharu kita menjelang musim 2021/22.”

AS Roma musim ini bergelut di tempat ketujuh musim ini dan dilihat sukar untuk menamatkan musim dengan lebih baik.

Khamis ini mereka akan berdepan dengan Manchester United dalam aksi timbal balik separuh akhir UEL.

Presiden Roma, Dan Friedkin dan timbalan presiden, Ryan Friedkin berkata: “Kami berbesar hati dan teruja untuk mengucapkan selamat datang kepada José Mourinho ke dalam keluarga AS Roma. Sang juara sejati yang memenangi trofi di setiap peringkat. Jose akan mempamerkan kepimpinan terbaiknya dan pengalaman untuk projek impian kami.”

“Perlantikan Jose adalah langkah besar dalam membina perancangan jangka masa panjang dan pembentukan budaya kemenangan yang konsisten dalam kelab.”

Selain Spurs dan Inter, sebelum ini Mourinho juga menguruskan Porto, Chelsea, dan Man United. Beliau berkata: “Selepas perrtemuan dengan pemilik dan pengarah besar Thiago Pinto, saya terus memahami sepenuhnya tentang kesinambungan cita cita di AS Roma.”

“Ianya adalah impian yang sama, dan perkara yang memacu saya agar sentiasa bermotivasi, dan bersama sama kita mahu membina projek kemenangan dalam beberapa tahun akan datang.”

Baca juga artikel

United Sedia Tawar Kontrak Baharu, Raiola Mahu Pastikan Pogba Dapat £400K Seminggu

Perlawanan Man United Dan Liverpool Ditunda Kerana Langgar SOP COVID-19

RASMI: Inter Milan Juara Itali! Tamatkan Monopoli 9 Tahun Juventus

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group