Berikut adalah berberapa perkara utama yang diambilkira dalam penjadualan pertandingan unifi Liga Super Malaysia 2019 dan Liga Premier Malaysia 2019:-

 Perancangan jadual ini telah mengambil kira jadual pertandingan AFC Champions League 2019, Pusingan kelayakan Piala Dunia 2022, Pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 23 tahun AFC, Sukan SEA 2019 serta Kalendar FIFA bagi pasukan Kebangsaan.

 1. FORMAT DAN TEMPOH LIGA

Unifi Liga Super Malaysia 2019 dan Liga Premier Malaysia 2019 masing – masing akan melibatkan 12 pasukan dengan setiap pasukan akan bermain 22 perlawanan (11 perlawanan sebagai pasukan tuan rumah dan 11 perlawanan sebagai pasukan pelawat). Liga akan dijalankan bermula Februari hingga Julai 2019.

  1. PERLAWANAN DI DALAM BULAN RAMADHAN

Perlawanan akan diteruskan di dalam bulan Ramadhan seperti musim-musim sebelum ini. Sebanyak satu (1) perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2019 iaitu perlawanan Suku Akhir Kedua (QF II) dan tiga perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2019 dan Liga Premier Malaysia 2019 iaitu LS13-LS15 dan LP13-LP15 menjadikan empat (4) minggu perlawanan akan dimainkan pada bulan Ramadhan.

 3. TEMPOH PERJALANAN DAN REHAT PASUKAN

Setiap pasukan dijadualkan sekurang – kurangnya memperolehi 2 hari perjalanan dan rehat diantara setiap perlawanan. Bagi pasukan Johor Darul Ta’zim dan Pasukan Perak (sekiranya layak) yang dijadualkan bermain dalam Kelayakan AFC Champions League kedua – dua pasukan akan menerima sekurang – kurangnya 2 hingga 3 hari perjalanan dan rehat.

4. BERMAIN SEBAGAI PASUKAN TUAN RUMAH / PELAWAT

Semua pasukan yang dijadualkan bermain sebagai pasukan tuan rumah / pelawat tidak melebihi 2 perlawanan berturut – turut. Walau bagaimanapun sekiranya pasukan layak untuk bermain di dalam pertandingan Shopee Piala FA Malaysia 2019, pasukan yang berkenaan berkemungkinan bermain 3 perlawanan berturut – turut sebagai pasukan tuan rumah / pelawat tertakluk kepada keputusan undian Shopee Piala FA Malaysia 2019.

 5. FIFA DAYS

Liga hanya akan berehat semasa tarikh – tarikh FIFA DAYS. Walau bagaimanapun, pasukan kebangsaan akan bermain bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Kejohanan Bawah 23 tahun AFC.

6. VENUE BAHARU DAN PERKONGSIAN VENUE

Bagi musim 2019 terdapat 2 venue baharu yang bakal digunakan iaitu Stadium Majlis Perbandaran Manjung bagi Pasukan PKNP FCStadium Tuanku Syed Putra, Kangar bagi Pasukan Perlis dan Stadium Proton, Tanjung Malim bagi pasukan PDRM. Walau bagaimanapun, venue-venue tersebut masih belum mendapat pengesahan dari MFL.

Berikut adalah senarai pasukan yang berkongsi venue bagi musim 2019:-

 

VENUE LIGA SUPER LIGA PREMIER
Stadium Shah Alam Selangor

&

PKNS FC

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras Kuala Lumpur UKM FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,

Kuala Terengganu

Terengganu FC Terengganu FC II

 

Untuk makluman juga, sehingga tarikh surat dan jadual ini dikeluarkan, venue bagi pasukan Perlis dan PDRM, masih belum mendapat pengesahan dari MFL.

  1. VENUE YANG MASIH BELUM DILULUSKAN

Bagi venue-venue yang masih belum mendapat kelulusan MFL terutamanya pencahayaan lampu limpah yang gagal mencapai 1200lux hendaklah membuat baikpulih dan menaik taraf lampu limpah venue masing-masing bagi melayakan venue-venue tersebut bermain pada waktu malam. Dua (2) pasukan Liga Premier telah mengesahkan untuk bermain pada waktu petang iaitu pasukan PDRM dan Pasukan Selangor United FC.

8. DUA VENUE/PASUKAN DI DALAM SATU NEGERI

 

NEGERI VENUE
Pahang Stadium Darul Makmur Kuantan (Pahang) Stadium Tun Abdul Razak, Jengka (Felda United FC)
Johor Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos, Larkin (JDT) Stadium MP Pasir Gudang (JDTII)
Perak Stadium Perak, Ipoh (Perak) Stadium MP Manjung (PKNP FC)

 

Bagi negeri-negeri yang mempunyai dua (2) venue atau pasukan, perlawanan akan dimainkan pada hari yang berlainan sekiranya pasukan-pasukan tersebut bermain sebagai pasukan tuan rumah (PTR) bagi mengambil kira faktor lojistik, kehadiran penonton dan juga keselamatan.

 9. SIARAN LANGSUNG OLEH PENYIAR RASMI

Terdapat perlawanan Liga Super / Premier yang telah dijadualkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu atau Ahad (perlawanan hujung minggu) serta  hari Isnin, Selasa, Rabu atau Khamis (perlawanan pertengahan minggu). Ini bagi membolehkan pemilihan siaran langsung bagi beberapa perlawanan dibuat secara seimbang oleh penyiar rasmi liga.

 10.PERLAWANAN DERBY

Beberapa perlawanan derby juga telah dijadualkan sebagai hari perlawanan yang penting untuk menjadikan saingan musim 2019 lebih menarik untuk disaksikan oleh peminat peminat tempatan. Berikut adalah beberapa perlawanan derby yang dijadualkan untuk rujukan:-

 

LIGA SUPER DERBY PERLAWANAN
Pantai Timur Kelantan, Terengganu & Pahang
Bandaraya Ipoh Perak &  PKNP FC
Perbadanan Kemajuan PKNS FC & PKNP FC
Lembah Kelang Selangor  & Kuala Lumpur
Bandaraya Shah Alam Selangor & PKNS FC

 

 

LIGA PREMIER DERBY PERLAWANAN
Borneo Sabah & Sarawak
IPTA UiTM FC & UKM FC
Feeder Club/Reserve Club JDT II & Terengganu FC II

 

Jadual Perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2019

Jadual Perlawanan Liga Super 2019

Download: Jadual Liga Super 2019

Jadual Perlawanan Liga Premier 2019

Jadual Perlawanan Liga Premier 2019

Download: Jadual Liga Super 2019