Chelsea dengan rasminya menandatangani Edouard Mendy dari kelab Ligue 1, Rennes.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu dibeli dengan nilai £22 juta. Ianya rekod perpindahan tertinggi untuk penjaga gol Ligue 1.

Mendy bersetuju dengan kontrak lima tahun di Stamford Bridge.

Kehadiran Mendy telah menjadikan masa depan Kepa Arrizabalaga sebagai penjaga gol utama Blues sebagai tanda tanya.

Kepa yang menjadi penjaga gol termahal dunia dilihat sudah boleh memikirkan mencari kelab lain pada perpindahan akan datang.

Chelsea menerusi laman rasminya menyatakan Edouard Mendy akan bersaing dengan Kepa dan Caballero untuk musim ini. Maksudnya, tidak mustahil dia akan dibariskan sebagai penjaga gol utama.

“Saya sangat teruja untuk bergabung dengan Chelsea. Ia adalah impian untuk saya menjadi sebahagian daripada skuad dan bekerjasama dengan Frank Lampard dan kakitangannya.”

“Saya sudah tidak sabar untuk bertemu rakan sepasukan dan tidak sabar untuk bermain,” tegas Mendy kepada laman rasmi Chelsea.

Chelsea membawa Mendy atas cadangan penjaga gol legenda mereka, Petr Cech.

“Selepas Petr Cech dan pasukan teknikal kami menilai Edouard sebagai penjaga gol paling sesuai untuk bersaing dengan penjaga gol yang sudah kami miliki, hanya ada seorang sahaja pemain yang ingin kami tandatangani.”

“Edouard tiba setelah menikmati kejayaan di Rennes. Dia lebih bercita-cita tinggi dan kami mengalu-alukannya ke kelab. kami, “kata Pengarah Chelsea Marina Granovskaia.

Mendy menyertai Rennes menjelang musim 2019/2020.

Pada musim pertamanya, beliau merekodkan tanpa bolos 12 kali. Dan hanya bolos 31 kali daripada 33 aksi.

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Suarez Sertai Atletico, Morata Ke Juventus

Turun Sebagai No.10, Havertz Skor Hatrik Dalam Kemenangan 6-0 Chelsea

6 Pengarah Sukan Terbaik Di Eropah Ketika Ini