Desas desus mengenai barisan pemain import skuad Melaka United akhirnya terjawab apabila kelab tersebut secara rasmi mengumumkan penyerang dari Brazil, Alex dos Santos Goncalves dan pemain skuad kebangsaan Filipina, Manuel Gelito Ott sebagai pemain baharu musim ini.

Selain itu, dua pemain import pada musim lepas, Sony Norde dan pemain dari Korea Selatan, Jang Suk-Won turut menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal bersama Melaka United.

Kelab tersebut juga mengumumkan lanjutan kontrak bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat selama dua musim sehingga tahun 2022 sekaligus menepis khabar angin mengenai perpindahannya ke pasukan JDT.

147040736_133657951950267_3974254058734164798_o

FOTO: Melaka United

Alex Goncalves sebelum ini beraksi dalam Liga Indonesia bersama kelab Persela Lamongan dan Tira-Persikabo. Penyerang yang berusia 31 tahun itu dianggap sebagai ‘mesin gol’ dalam kalangan peminat bola sepak Indonesia apabila beliau menjaringkan 18 gol dalam 32 penampilan.

Melaka United merupakan kelab kedua dari Asia yang menjadi pilihan destinasi pemain tersebut kerana sepanjang karier bola sepaknya beliau banyak menyertai kelab dari Brazil dan eropah. Antara kelab terkemuka Brazil yang pernah disertai oleh pemain itu ialah Fluminense FC dan S.C. Intenacional.

148434666_133658255283570_3524592503349076399_o

FOTO: Melaka United

Manakala Manuel Ott yang mengisi kuota pemain import ASEAN pasukan itu mempunyai pengalaman beraksi bersama beberapa kelab Jerman antaranya TSV 1860 Munich dan FC Ingolstadt 04.

Pemain berusia 28 tahun itu mula beraksi dalam Liga Filipina pada tahun 2014 bersama Ceres-Negros atau yang kini lebih dikenali dengan nama United City FC. Beliau juga pernah beraksi di Thai League 1 bersama Ratchaburi Mitr Phol secara pinjaman selama satu musim pada 2019 lalu sebelum kembali ke United City pada awal tahun ini.

Ott juga mempunyai 50 kaps dengan skuad kebangsaan Filipina dan beliau turut beraksi dalam saingan Piala Asia 2019 di UAE.

Pengalaman luas yang dimiliki oleh kedua-dua pemain import tersebut menjadi senjata baharu kepada pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan untuk membentuk barisan dalam lebih mantap musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

JDT Terokai Sukan Lain, Bakal Tubuhkan Pasukan Hoki Ais

Selangor 2 Diperkuatkan ‘Wonderkid’ Myanmar Hadapi Saingan Musim 2021

Mempunyai Ketinggian 191 cm, Mamadou Wague Bakal Berganding Dengan Herold Goulon Dalam Skuad Pahang

Semua Pasukan Liga Malaysia Sedia Ikuti SOP

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group