Kylian Mbappe rasminya kekal bersama dengan PSG. Ini selepas pemain itu membuat pusingan U dalam keputusan beliau.

Sebelum ini Mbappe dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrid.

Di mana kelab Madrid itu sedia membayar Mbappe €100 juta sebagai bonus atas tandatangan.

Mbappe kemudian berubah fikiran. Ini selepas PSG menawarkan kontrak yang dianggap tak mampu ditandingi atau ditolak.

PSG sebelum ini menawarkan gaji yang sama dengan ditawarkan Madrid. Mbappe masih lebih mahu ke Real Madrid pada masa itu.

Dan Florentino Perez sangat yakin bahawa Mbappe akan ke Real Madrid selepas dua bidaan mereka pada awal musim ini, masing masing bernilai €180 juta dan €200 juta.

Sumber Athletic turut mengesahkan bahawa Mbappe sudah mencapai kata sepakat dengan Real Madrid. Dan menolak untuk kekal dengan PSG.

Beberapa bulan lalu Mbappe menyatakan bahawa dia tidak mengejar wang. Oleh sebab itu dia sedia untuk meninggalkan PSG.

Akhirnya PSG menawarkan €300 juta bonus atas tandatangan. Mbappe akhirnya memberitahu Real Madrid bahawa beliau masih mempertimbangkan PSG.

Beberapa hari kemudian, Mbappe menelefon Florentino Perez secara peribadi bahawa dia mahu kekal di PSG.

Secara kasarnya kontrak baharu Mbappe dimasukkan klausa kuasa pemilik. Di mana Mbappe ada hak untuk menentukan siapa pengurus baharu.

Seterusnya dia juga boleh menentukan kedudukan pengarah sukan yang kini digalas oleh Leonardo.

Bukan itu sahaja Mbappe juga berhak dalam menentukan pemain yang masuk dan pemain yang keluar. PSG menegaskan bahawa klausa ini bagi menunjukkan Mbappe bahawa dia adalah bahagian asas dalam projek baharu kelab itu.

Kontrak 3 tahun itu akan menyaksikan Mbappe menerima €100 juta semusim selepas cukai.

Mbappe diumumkan secara rasmi akan kekal di kelan. Dan pemain itu menyatakan bahawa dia gembira untuk terus kekal bersama dengan PSG.