Perjalanan gemilang Manchester City dalam liga musim ini akhirnya dileraikan hari ini dengan kekalahan Man United di Old Trafford di tangan Leicester.

Di mana United kalah 1-2 di tangan Leicester. Dan sekaligus, Man City menjadi juara Liga Perdana Inggeris.

Manchester City sebelum ini hanya memerlukan 1 kemenangan sahaja ataupun 1 kekalahan oleh Manchester United. Namun beberapa kali mereka ditangguhkan kejuaraannya oleh United.

Manchester City juga gagal untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan terakhir mereka. Di mana mereka kalah di tangan Chelsea.

Kejayaan ini merupakan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang kelima dalam sejarah Manchester City.

Dengan yang pertama mereka capai pada musim 2011/12 ketika Sergio Aguero menghadirkan momen Agueroooo!

Prestasi cemerlang City musim ini sangat sukar digugat. City merampas semula kejuaraan liga dari tangan Liverpool yang menikmati musim yang agak teruk pada musim ini.

Aspirasi treble

Ini merupakan trofi major kedua Man City musim ini selepas Piala Carabao. Mereka berpotensi menamatkan musim ini sebagai juara treble.

Ini kerana City akan berhadapan dengan Chelsea dalam final Liga Juara Juara Eropah.

Jika berjaya, mereka akan menyamai pencapai jiran sebelah mereka selaku pasukan Inggeris yang berjaya mendapat treble.