Hari terakhir jendela perpindahan di Man United menyaksikan mereka berjaya mendapatkan Alex Telles dan Edinson Cavani secara rasmi.

Alex Telles akhirnya diumumkan

Alex Telles merupakan pemain bek kiri yang memiliki keupayaan menjaringkan gol dan kreativiti yang tinggi ketika bersama Porto.

Musim lalu merupakan musim terbaik beliau dengan 13 gol dan 12 assist bersama kelab Portugal itu.

https://twitter.com/ManUtd_Sources/status/1307026855967498240

Rundingan ini sudah lama berlaku namun United akhirnya memuktamadkan perpindahan pada deadline day.

Man United membayar €15 juta bayaran pertama dan €2 juta lagi dalam bentuk bonus.

Alex Telles dijangka akan menjadi pemainn pilihan utama di posisi bek kiri. Namun pesaing beliau ialah Luke Shaw yang sudah lama menjadi pilihan utama Solskjaer.

El Matador milik United

Kegagalan mendapatkan Jadon Sancho membuatkan United lebih serius dalam mendapatkan penyerang legenda Uruguay, Edinson Cavani.

Cavani pemain tanpa kelab selepas tidak menyambung kontraknya dengan PSG.

Cavani setuju dengan kontrak setahun di Old Trafford. Sebelum ini Cavani gagal memeterai perjanjian dengan beberapa kelab lain termasuk Napoli dan Atletico Madrid kerana permintaan gajinya yang terlalu tinggi.

Man United pastinya berharap Cavani akan menjadi seperti Ibrahimovic sebelum ini. Pemain yang mereka tandatangani selepas meninggalkan PSG dan membantu kelab memenangi Liga Europa dan Liga Europa.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

EPL: Jose Mourinho Ajar Solskjaer Selepas Perang Saraf Sebelum Perlawanan

EPL: Liverpool Lunyai Dibantai 7-2 Di Villa Park

EPL: Saka, Pepe Bantu Arsenal Tewaskan Sheffield United