Hasrat Romelu Lukaku untuk kembali semula ke Inter akhirnya tercapai. Di mana penyerang antarabangsa Belgium itu diumumkan secara rasmi oleh Inter Milan.

Chelsea turut mengumumkan pemergian pemain itu secara pinjaman semusim ke Inter.

Lukaku sebelum ini mendesak perpindahan ke Inter Milan selepas dia gagal menikmati bola sepak seperti yang dia nikmati di kota Itali itu.

Pada tahun lalu, Lukaku turut melakukan perkara yang sama ketika mendesak Inter menjualnya ke Chelsea. Kelab yang dia kata, dia sokong sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Sejak tiba di Chelsea segalanya serba tak menjadi. Ini termasuk wawancara kontroversi dengan Sky Italia yang membuatkan Lukaku dikecam peminat Chelsea.

Lukaku, 29, mengharungi musim 2021/22  penuh dengan kesukaran dan kerumitan. Dia hanya menjaringkan 8 gol sahaja daripada 26 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris.

Chelsea sebelum ini memang sudah menyenaraikan Lukaku untuk dijual. Namun mereka tidak mendapat pembeli terus. Sebaliknya hanya Inter yang hadir dengan tawaran perjanjian pinjaman.

Lukaku sanggup melakukan apa sahaja untuk merealisasikan perpindahan ini termasuk menerima pengurangan gaji.

Inter sebelum ini menawarkan cuma €8 juta untuk meminjam Lukaku. Chelsea meminta €20 juta. Dan akhirnya kedua dua kelab setuju dengan nilai sekitar €12 juta termasuk bonus.

Inter juga akan menampung gaji penyerang £300,000 seminggu itu secara penuh.

Lukaku dialu alukan sebagai wira oleh peminat Inter Milan yang masih segar dengan kejayaan mereka memenangi Serie A dengan bantuan Lukaku.

Lukaku menyatakan bahawa dia sangat gembira dengan perpindahan tersebut.