Liverpool FC rasminya mengumumkan Alexis Mac Allister sebagai pemain tengah baharu kelab itu.

Beberapa hari lalu, Fabrizio Romano melaporkan bahawa Brighton mencapai kesepakatan harga dengan Liverpool untuk pemain antarabangsa Argentina itu.

Alexis Mac Allister pada akhir musim 2022/23 telah memutuskan untuk berpindah ke kelab lain untuk cabaran baharu.

Dia menjadi pemain penting Brighton dalam kempen yang membantu kelab itu berada di slot eropah.

Liverpool benar benar terdesak mencari pemain tengah yang lebih muda dan segar. Nama Alexis Mac Allister adalah sasaran penting Jurgen Klopp.

Liverpool dilaporkan membayar £45 juta untuk pemain tersebut yang turut merupakan pemain penting untuk Argentina dalam kejayaan menjuarai Piala Dunia 2022.

Liverpool musim ini bergelut dengan prestasi. Antara salah satu sebabnya adalah kerana bahagian tengah yang lemah. Banyak isu kecederaan di tengah dan juga prestasi tidak menentu beberapa pemain.

Pengurusan tertinggi Liverpool tertarik dengan harga Mac Allister yang dianggap murah pada bursa perpindahan hari ini berbanding dengan Moises Caicedo yang sangat mahal.

Liverpool tidak memburu Caicedo dan mereka hanya menumpukan usaha mendapatkan Mac Allister.

Selain Liverpool, kelab seperti Chelsea juga berminat dengan Mac Allister. Namun Chelsea berdepan beberapa kekangan. Mereka harus menjual beberapa pemain terlebih dahulu.

Dan akhirnya pemain itu melakukan rundingan yang sangat positif dengan Liverpool.

Penyokong Liverpool kelihatan teruja dengan kehadiran pemain tengah baharu mereka, Alexis Mac Allister.