Liverpool melakukan dua perpindahan pada semalam dalam hari yang agak sibuk di pejabat mereka.

1. Thiago Alcantara

Nama Thiago Alcantara menjadi perpindahan tumpuan. Bekas pemain Barca dan Bayern ini akhirnya menyelesaikan kesemua urusan untuk memuktamadkan perpindahannya ke Liverpool.

Sebelum ini,  Thiago pernah menyatakan beliau mahu bermain di bawah Jurgen Klopp.

Namu selepas itu, Thiago juga menyatakan beliau akan kekal di Bayern jika kelab itu mahukan beliau kekal.

Liverpool mahu memperkuatkan lagi bahagian tengah. Klopp mahukan kualiti hantaran dan versatiliti Thiago di dalam pasukannya.

Alcantara akan memakai jersi nombor enam di Anfield.

Liverpool membayar £25 juta termasuk bonus untuk mendapatkan pemain tersebut.

Thiago berkata: “Ini perasaan yang luar biasa. Saya telah lama menunggu saat ini dan saya sangat gembira berada di sini,” katanya.

Thiago akan memakai jersi nombor enam di Anfield dan menjadi pemain kedua dibawa masuk kali ini selepas Kostas Tsimikas.

Thiago memenangi La Liga dua kali dengan Barcelona sebelum 2013 berpindah ke Bayern, di mana dia memenangi Bundesliga tujuh kali dan Liga Juara-Juara pada bulan Ogos lalu.

Bayaran £20 juta akan dibayar secara ansuran sepanjang perjanjian ini, dan bonus £5 juta adalah bonus kecemerlangan prestasi The Reds di Liga Perdana dan Liga Juara-Juara serta setiap anugerah individu yang diperoleh Thiago.

“Benar-benar hebat – saya sangat gembira kerana akhirnya berjaya dan kami dapat melakukannya,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

“Saya tahu semua orang di Bayern tanpa putus asa ingin mengekalkan beliau. Itu normal dan dapat difahami kerana dia memainkan peranan penting, pada musim lalu juga.”

“Dia baru saja mempersiapkan diri menghadapi cabaran baru dan dia memutuskan untuk menyertai kami.”

Thiago menambah: “Saya mesti menyesuaikan diri dengan pasukan ini secepat yang saya dapat dalam situasi dan konteks yang sedang kita jalani sekarang.”

“Saya akan membantu pasukan sama ada bertahahan dan menyerang dan juga dari aspek mental.”

Klopp berkata: “Ketika kami bercakap dengan beliau tentang semua pemain, dia menghormati mereka semua. Dia mengagumi mereka.”

“Kami bermain menentangnya ketika kami bermain Munich di Liga Juara-Juara dua tahun yang lalu [Liverpool menang 3-1 pada perlawanan kedua seri 16 terakhir – setelah seri 0-0 di Anfield], jadi dia tahu jenis mesin apa yang kita pakai dan dia mahu menjadi sebahagian daripada itu. ”

2. Diogo Jota

Sebaik sahaja mengumumkan kehadiran Thiago Alcantara, Liverpool kemudian mendapatkan bintang dari Portugal, Diogo Jota.

Sebelum itu, Liverpool berminat dengan Ismaila Sarr, namun tidak ada bidaan dibuat mahupun rundingan yang lebih lanjut. Ini kerana Jurgen Klopp kemudian dikatakan lebih berminat dengan Jota yang lebih versatile.

Menurut Fabrizio Romano, Liverpool sudah bercakap dengan ejen Jota untuk membincangkan terma peribadi berbanding dengan Sarr yang dikatakan hanya pada peringkat bertanyakan status dan harga pemain tersebu,

Jota merupakan pemain yang boleh bermain di kesemua posisi serangan ini diharap dapat menjadi ‘back up’ yang kuat untuk Sadio Mane dan Mohamed Salah serta Roberto Firmino.

Liverpool dam Wolves setuju dengan bayaran £41 juta dan meningkat sehingga ke £45 juta.

Dalam satu lagi rundingan dengan Wolves, bintang muda mereka, Ki-Jana Hoever pula berpindah ke Wolves dari Liverpool dengan nilai £9 juta ditambah bayaran bonus £4.5 juta.

Selain itu Liverpool turut memaskukkan 15% klausa bonus jualan pemain itu.

Baca juga perkembangan lain

Adidas X Wolves Lancarkan Jersi Ketiga Dengan Tema Warna ‘Portugal’

Baru Semusim Di Madrid, Jovic Sudah Mahu Keluar

TERKINI: Bayern Terima Bidaan Liverpool Untuk Thiago