Jendela perpindahan di Bayern Munich sekali lagi agak sibuk.

Mereka akhirnya mengesahkan pembelian Leroy Sane dari Manchester City dengan harga sekitar £54.1 juta.

Bayern sudah menginginkan Sane begitu laman. Namun usaha membawa Sane ke sana ditangguhkan kerana kecederaan serius pemain itu pada musim ini.

Ia boleh dianggap kemenangan buat Bayern dalam usaha mereka mahu mendapatkan Sane pada kadar tersebut. Kerana sebelum ini Man City pernah meminta harga yang jauih lebih tinggi sehingga £100 juta.

Sane sebelum ini pernah bermain untuk Schalke 04 sebelum menyertai City dengan harga £37 juta.

Leroy Sane dengan cepat mengadaptasi permainan Liga Inggeris dan beliau kemudiannya menjadi playmaker dengan rekod luar biasa walaupun kurang minit perlawanan serta kecederaan.

Leroy Sane memiliki rekod sumbangan langsung kepada gol (gol+assist)yang luar biasa untuk pasukannya.

Maka tidak hairanlah Pep Guardiola sangat berharap beliau akan terus kekal di Man City.

Sane pemain yang boleh bermain di kedua dua belah sayap dengan berkesan. Pemain yang lincah dan pantas di atas padang.

Leroy Sane menegaskan bahawa beliau menyertai Bayern Munich kerana mahu terus memnenangi sebanyak mana trofi dalam kariernya dan keutamannya adalah Liga Juara Juara Eropah.

Baca juga perkembangan lain

Roy Keane Tak Yakin Man United Akan Mampu Mencabar Kejuaraan Musim Depan

Barcelona Setuju Tukar Arthur Dengan Pjanic, Adakah Ia Langkah Tepat?

Jaringan Lewat Masa Tambahan Maguire Hantar United Ke Wembley