Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Kevin Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berkuatkuasa pada Jumaat, 29 November 2019.

Jelas MFL, keputusan itu dibuat menerusi persetujuan bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah selepas menerima permohonan peletakan jawatan Kevin pada Khamis, 28 November 2019.

Justeru bagi melancarkan pentadbiran badan pentadbir Liga Malaysia itu, Presiden MFL, Dato Hj Hamidin Hj Mohd Amin telah melantik Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Ab Ghani Hassan sebagai pemangku CEO berkuatkuasa pada 1 Disember ini.

Kevin222

Dato’ Ab Ghani akan memangku tugas tersebut sehingga pelantikan CEO baharu dibuat.

“Kevin telah menghantar permohonan untuk melepaskan jawatannya sebagai CEO MFL kerana ingin meneruskan karier baharu dan Ahli Lembaga Pengarah MFL menerima permohonan itu demi kebaikan masa depan beliau.

“MFL turut tidak mahu terlepas peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Kevin selama beliau bertugas bersama MFL dan mendoakan selamat maju jaya di tempat baharu nanti,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi.

Kevin yang pernah menjawat sebagai CEO The Red Warriors Sdn. Bhd telah dipilih menjadi CEO Football Malaysia Limited Liability Partner­ship (yang kini dikenali MFL) pada April 2015

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Sukan SEA 2019: Luqman Akui Padang Tiruan Di Stadium Memorial Rizal Lebih Licin Dan Bola Lebih Laju

Penjaga Gol Muangthong United Curi Tumpuan Kelab Asia Dan Eropah, Nilai Perpindahan Semasa Sekitar RM5 Juta

JDT Berada Di Ranking Ke-3 Zon Asia Tenggara, Kutip 40.77 Mata Dalam Tempoh 4 Musim Di Asia