Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik EPL 2019/20.

Pemain perancang tengah Belgium itu sekali lagi cemerlang pada musim ini. Dengan mencipta 20 assist semusim, menyamai rekod diciptaย Thierry Henry pada 2002/03.

De Bruyne menjadi nadi penting Man City walaupun mereka gagal untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Namun secara individu beliau sememangnya berhak untuk memenangi anugerah tersebut.

Lihat sahaja statistik menggerunkan dicipta oleh De Bruyne.

De Bruyne menewaskan calon lain termasuk Jordan Henderson, Sadio Mane, Trent Alexander-Arnold, Danny Ings, Nick Pope dan Jamie Vardy to the award.

Kevin De Bruyne musim lalu tewas di tangan Virgil Van Dijk untuk anugerah yang serupa.

Sementara itu bagi Anugerah Pemain Muda Terbaik pula dimenangi oleh Trent Alexander Arnold.

Pemain bek sisi yang memecahkan rekod assist pemain pertahanan miliknya sendiri.

Bagi Anugerah Pengurus terbaik, ianya dibawa pulang oleh Jurgen Klopp. Ini selepas beliau membantu Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Syabas kepada semua pemenang.

Baca juga perkembangan lain

Analisis Taktikal: Bagaimana ‘Tactical Error’ Dan Ketumpulan City Memakan Diri

UCL: Lyon Hantar City Pulang

UCL: Bayern Aibkan Barca Dengan Kemenangan 8-2