Selepas Manchester City mengumumkan bahawa mereka keluar secara rasmi dari ESL. 5 lagi kelab EPL lain mengumumkan secara rasmi perkara yang sama.

Desakan daripada peminat dan tentangan daripada media di UK membuatkan keenam enam pasukan tersebut terpaksa akur.

ESL merupakan liga mewah yang dianggap merosakkan piramid bola sepak Ingeris yang sudah terbina sekian lama. Beberapa protes diadakan oleh para peminat.

Dengan penarikan diri 6 pasukan EPL itu secara rasmi, adalah mustahil untuk melibat ESL berdiri teguh seperti yang diidamkan oleh Florentino Perez.

Sebelum ini, UEFA dan FIFA menentang gagasan ESL kerana ianya konflik dengan UCL dan bersifat bermotifkan wang mengatasi merit kesukanan.

Kesemua keenam enam pasukan membuat kenyataan rasmi menerusi saluran kelab masing masing tentang penarikan diri daripada ESL yang masih belum bermula pun.

Manchester City menyatakan mereka secara rasmi keluar daripada ISL. Liverpool pula mengesahkan bahawa kelab memutuskan untuk tidak meneruskan hasrat untuk bertanding di ESL.

Man United menegaskan bahawa mereka mendengar secara prihatin reaksi daripada peminat mereka, kerajaan UK dan juga pemegang saham di dalam kelab.

Arsenal meminta maaf dan menyatakan bahawa kelab telah melakukan kesilapan besar dan mereka sah menarik diri selepas mendengar pandangan peminat bola sepak dan komuniti bola sepak sejagat.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy menegaskan bahawa kelab menyesal dengan keputusan yang mencetuskan rasa marah dan kecewa di kalangan peminat mereka.

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Ed Woodward Lepaskan Jawatan Selepas Kontroversi ESL

RASMI: Manchester City Tarik Diri Daripada ESL, Beberapa Kelab Lain Bakal Menyusul

Chelsea, Manchester City Dan Real Madrid Berdepan Penyingkiran Dari UCL