Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kapten England, Harry Kane akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa beliau akan terus kekal di Tottenham Hotspur.

Sekaligus melupakan perpindahan ke Manchester City. Sebelum ini Harry Kane dan Man City dilaporkan berusaha untuk merealisasikan perpindahan bernilai £150 juta itu sehingga jendela perpindahan ini berakhir.

Kane sebelum ini tidak hadir ke latihan selepas dia mahu kelab menyelesaikan masa depannya. Man City cuba sedaya upaya mendapatkan Kane termasuk menawarkan wang tunai + pemain.

Antara pemain yang dikatakan ditawarkan untuk Spurs termasuk Aymeric Laporte. Bidaan City tidak dilayan Daniel Levy. Sehinggakan Levy tidak mengangkat panggilan dari Etihad.

Levy hanya akan menjual Kane ke kelab bukan EPL. Namun Spurs gagal mendapatkan pembeli untuk Kane kerana tanda harga yang tinggi ada pada pemain itu.

Kane disisihkan daripada perlawanan Spurs sebelum ini, selepas Nuno Espirito menyatakan, Kane hanya akan kembali ke dalam pasukan jika fikirannya benar benar fokus kepada aksi di atas padang.

Hari ini peminat Spurs akhirnya ceria mendengar komitmen kapten kedua kelab mereka itu.

Kane menyatakan dia berjanji akan komited 100% serta fokus kepada usaha membantu kelab untuk mencapai kejayaan dengan memenangi trofi.

“Ianya luar biasa sekali melihat sambutan daripada peminat Spurs pada hari Ahad dan membaca banyak mesej sokongan kepada saya dalam beberapa minggu ini.”

“Saya akan terus kekal di Tottenham musim panas ini, dan akan 100% fokus untuk membantu pasukan mencapai kejayaan musim ini.”

Dengan pengumuman ini, bermakna Manchester City perlu mencari alternatif lain untuk penyerang. Posisi yang benar benar mahu ditandatangani Guardiola selepas mendapatkan Jack Grealish.

Baca juga artikel

Bidaan €160 Juta Oleh Real Madrid Untuk Beli Mbappe Ditolak

Ronaldo Intai Peluang Sertai Manchester City

‘Itu Jelas Foul, Ini Bola Sepak Bukannya Ragbi’

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group